POV: Fira-un
Time Keeper: Mostly
agak – agak secukup rasa jer timing nya
Line- up: 35
orang + 1 orang guide terjun (ala-ala
bidan terjun laa)
Watak Penting: Fira-un,
Papa Chip, Fara-tott, Ucenaa, Kak Aisyah, Pak Sony, Ijah
Watak Tak Berapa Penting Tapi Perlu Ada: Asyraf
(guide terjun), Udie, Aeh, Tok Busu,
Kak Roket, Laini + selebihnya ahli Kelab KiUB
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s:
OK.
This is the 2nd time trip to Bukit
Kutu (BK). Pengalaman lalu banyak mengajar ai dan membuatkan ai lebih dewasa
kali ini. Cheeeeewah! Menyampah siaa dengan statement
ni. Terasa bergelumang dengan dosa. Puihhh. Anyway,
1st experience itu hari tak sempat nak buat entry sangat. Everything
ai just abadikan dalam memory jer. So, this time why not ai bawak chuolls pi Kuala Kubu Baru (KKB)?
Chalo bete~
27.10.18 (Sabtu)
Jam 11.45 malam,
Okay, kali ini team Anak
Punguts hanya diwakili oleh Fira-un, Fara-tott dan Ijah. Ohh, lupa. Papa Chip
ada pungut seketui makhluk Tuhan yang tak berapa seksi, Ucenaa. So, memang kami plan nak gerak lewat malam sikit pasai si Fara-tott tu habis keje shift petang dia jam 9.00 malam. Sempat
laa tido se-round dua sementara nak
tunggu si ketot tu bertolak dari Klang – KL.
Semua dah berkumpul, kami bertolak mengambil Mok Ngoh Jah di Setiawangsa
dan lansung meneruskan perjalanan ke KKB. Suasana malam begitu sunyi dan
dingin. Masing – masing masih rancak menyembang untuk menghilangkan bosan dan
mengantuk.
Jam 12.35 malam,
Alhamdulilah. Tiba di Tasnim Homestay.
Kelihatan sebahagian teammates
sudah lena dibuai mimpi. Kami melangkah masuk dengan penuh berhati – hati.
Yelah, taknak laa mengganggu orang yang tengah syok melayan mimpi dak. Perut
yang sejak dari tadi memberontak membuatkan kami menggodek – godek makanan di
dapur. Dah serupa tikus monster dah sekoq
–sekoq. Perghhh bihun goreng + keropok keping + ayam sambal menanti.
Rakus.
Settle mentekedarah, kami
menyusul ke bilik untuk tidur. Berat mata memandang, berat lagi tarikan graviti
di bantal masing – masing.
Good night. Sleep tight.
28.10.18 (Ahad)
Jam 5.30
pagi,
Sunday morning, rain is
falling. Steals some covers, share some skin~
Serius. Kemalasan nak bangun pagi ni bukan main – main derr. Namun
berbekalkan iman yang senipis bawang’s
skin ni, masing – masing bangkit jugaklah dari tempat tidur. Mama Chef dah
bersiap seawal jam 4.30 pagi lagi semata untuk menyiapkan breakfast kami; Nasi Lomak Marbeless.
Usai bersiap, kami bersarapan. 80% ahli KiUB dah berkumpul dan turut
serta bersarapan di homestay kami.
Jam 7.30pagi,
Mula bertolak ke Kg. Pertak, checkpoint
permulaan Bukit Kutu.
Perjalanan yang mengambil masa
kira – kira 20 mins menemukan kami dengan Kg. Pertak dan bayaran
sebanyak RM 35 di bayar kepada ‘pengawal’ yang menjaga di pintu masuk ke checkpoint permulaan Bukit Kutu. Bayaran
dikira satu kepala, so seorang kena
bayar Shinggit. Kepala lutut dan kepala bana kau tak dikira, so takyah mengada
nak bayor lelebih. Sebat dengan batang serai nak?
Parking pulak, kalau kau datang
awal… kau boleh parking dalam shana.
Kalau kau datang lewat, kat dalam shana dah penuh maka kau kena parking kat luar shini. Ada paham?
So, Papa Chip mengarahkan geng – geng KiUB untuk parking di kawasan lapang sebelum pondok ‘pengawal’ bagi
mengelakkan kesesakan parking
didalam. 2 buah 4WD dibawa masuk untuk parking
di dalam, you know… for emergency
purposes.
Jam 8.35 pagi
Settle dengan short briefing oleh Papa Chip, kami mula
melangkah ke jalan yang benar.
Pic.1: Ahli – ahli KiUB yang sedang khusyuk
mendengar taklimat ringkas dari Papa Chip. Oyen nye mak nyahh~ gituwww
Pic.2A, 2B & 2C: Melangkah melalui trek balak yang agak licin
mungkin sebab hujan malam tadi.
First kau akan cross jambatan gantung yang masih teguh
dan gagah berdiri. Kacang jer. Kau nak skipping
skipping pun boleh. Cehh, dasar riak.
Second crossing kat jambatan yang dah
terpatah sayapnya. Eh.
Okay kat second jambatan yang sudah roboh ni, kau perlukan mental yang kuat.
Sebab apa, haa..sebab kau kena beratur panjang sambil menanti puak – puak
‘instapemes’ dan ‘fbpemes’ ni bergambar sakan. Deiii, perjalanan masih jawuh
mengapa dihabiskan masa di sini? Anda bagaikan itu kera telah mendapatkan
bunga. Tadaguna.
Third crossing pulak kau kena naturally harung sungai. Takdela dalam
sangat. Untuk kau yang tinggi average
Malaysian, adalah dalam paras betis – lutut. Untuk yang petite sikit, mungkin cecah pangkal
peha. Naseblaa noks. Lols. Sungai tak
begitu deras, so takde masalah pun
nak cross sekoq – sekoq or berekoq –
ekoq. Cuma berhati – hati kot laa terpijak batu licin, tertonggeng laa kejap
dalam sungai tu. But don’t worry,
bila tertonggeng tu pura – pura laa kuak lentang ke kupu – kupu ke. No one will judge you. Maybe. Lols.
Pic.3: Tudia beronok – ronok kami crossing sungai. Kami tak pakai apa –
apa teknik menyeberang yang spesifik pun. Pakai redah berjemaah jer.
Jam 9.15 pagi,
At last, tiba di last crossing. Yang ni pun tak ada
jambatan, so kau cross naturally jer kat sungai tu. Takde laa hardcore sangat. Kemon. Ini level
– level kacang jer ni. Tapi janganlaa kau kacang lupakan kulit pulak bila
dah cross ke seberang sana tu. Tolong
– tolonglaa sikit member yang struggle nak crossing, itu pun nak kena ajar ke? Kemon, you are better than this.
Anyway, settle crossing semua tu kami proceed ke next checkpoint; I ♥ Bukit Kutu.
Trek semakin mencanak, tapi kami masih cool. Adalah beberapa kali Tok Busu ter-sliding dek kerana sandal nya yang licin, tapi beliau masih control macho. Beberapa kali berselisih
dengan group lain memandangkan hari
ini hujung minggu dan ramai yang berkunjung.
Time ni kami dah start terpisah dengan teammates yang kat depan. Maklumlah
masing – masing boleh tahan berdesupnya. Tinggallah kami yang menyiput kat
belakang ni.
Then kami terserempak dengan
Cikgu Sue dan Kak Lynn yang singgah di ‘Petronas’. So, kami angkut depa jalan sekali memandangkan group pertama di ketuai Papa Chip dan Fara-tott dah jauh dihadapan.
Jam 10.00 pagi,
Tiba di checkpoint I ♥ Bukit Kutu dan take
5 seketika. Adalah sesi bergambar sekeping dua. This time kami terpisah dengan Ijah sebab Ijah terpaksa follow Cikgu Sue dan Kak Lynn yang masih
bersemangat meneruskan langkah tanpa singgah take 5 di checkpoint I ♥ Bukit Kutu. Settle membetulkan pernafasan, kami
menyusun langkah untuk kembali menapak di trek yang semakin mencanak. 75˚ canak dia uiii.
Pic.4A, 4B, 4C, 4D & 4E: Sempatlah posing sekeping *cough* dua *cough* #tangandibahumatakeatas
Pic.5: Cubaan Pak Sony nak bermain chak chak dengan
Aeh gagal apabila tiada siapa memperdulikannya. Sadis.
Pic.6A,6B, 6C & 6D: Sekitar perjalanan di trek
yang mula mencanak. Turut kelihatan Udie yang cuba untuk menari shuffle. Chills brothaa, turun nanti kau shuffle
laa semahunya.
Pic.7: Udie memegang sebatang pokok sambil berkata,”Look, I’ve never seen this beautiful
creature. Whatsediss?”. Ambek kau. Terus speaking London nokks. Tu namanya
pokok laa hanet. Kecik – kecik dulu tak belajar Geografi ke acano?
Pic.8A, 8B & 8C: Pokok yang dh berusia ratusan
tahun, tengok akar dia. Berselirat birat dah.
Kami masih setia mengikut langkah dan menyiput bersama Kak Aisyah.
Sesekali ada laa kami melawak sarkis pasai kami takmau dia patah semangat.
Naseblah Kak Aisyah sudi jer melayan adik – adik sweeper dia yang masuk air lama – lama kembung ni.
Jam 11.45 pagi,
Kami tiba di checkpoint Batu
Kambing. Taktau laa pasal apa dia panggil Batu Kambing padahal takde rupa
kambing pun. Rupa batu jer nengoknya. Anyway,
last berita melalui walkie talkie
yang kami dapat dari Papa Chip ialah diorang dah melepasi checkpoint Batu Tedung. So,
kami decide untuk terus move on ke next checkpoint. Lagipun di checkpoint
Batu Tedung nanti tempat untuk rest
agak selesa.
Maka menapaklah kami 7 ketul makhluk Tuhan yang tak berapa nak seksi ni
meneruskan perjalanan, menyiput dan mengesot bersama.
Pic.9: Tak sempat snap gambar sangat kat checkpoint Batu Kambing ni. Adalah sekeping
ni haa.
Jam 12.05 t/hari,
Tiba di checkpoint Batu Tedung.
Sekali lagi taktau pasaipa depa letak nama Batu Tedung padahal bentuk batunya
macam ikan pari. Mungkin nama Batu Pari agak tidak glamer dan gegirlish di situ so diorang decide namakan
checkpoint tu as Batu Tedung. Barulah ganas sikit ye dak?
Anyway kami rest for about 10 mins. Sempatlah bancuh
Extra Joss sebotol dan ngappp roti penyet + kaya seketui dua. Cubaan Fira-un
untuk menghubungi Papa Chip and the gang
melalui walkie talkie tidak berjaya. So, kami assumed mungkin frequency
walkie talkie teralih lagi. Sambil kami rest
tu, nampaklah beberapa pendaki dari team
lain sudah mula turun dari puncak. Sempat juga kami menyembang dengan mereka
dan ternyata ada antara mereka yang mula mendaki seawal jam 4.00 pagi tadi!
Gigih benar dol.
Pic.10A & 10B: Siput tak siput, makan tak tinggal hokayyy~
Pic.11: Cubaan Aeh untuk mencedok makanan dari Fira-un tidak berjaya. Remember peeps, doncha ever steal women's food. Doncha ever. Doncha even think 'bout it. Lols!
Pic.12: Inilah Batu Tedung yang dikatakan macam bentuk ular tedung tu. Macam ini punya comel dia kata ular tedung? Macam ikan pari ada laa.
Pic.13: Sekali lagi Udie dengan drama English nya,”Dear beautiful rocks, are you ada kena mengena dengan The Rock yang if you smell... what the rock *dumdum* is cooking?”. Cisss, dasar pokemon beteii.
Pic.11: Cubaan Aeh untuk mencedok makanan dari Fira-un tidak berjaya. Remember peeps, doncha ever steal women's food. Doncha ever. Doncha even think 'bout it. Lols!
Pic.12: Inilah Batu Tedung yang dikatakan macam bentuk ular tedung tu. Macam ini punya comel dia kata ular tedung? Macam ikan pari ada laa.
Pic.13: Sekali lagi Udie dengan drama English nya,”Dear beautiful rocks, are you ada kena mengena dengan The Rock yang if you smell... what the rock *dumdum* is cooking?”. Cisss, dasar pokemon beteii.
Jam 12.40 petang,
Tiba di Viewpoint Bukit Kutu.
Kelihatan beberapa orang pendaki dari team
lain turut berhenti rehat sebentar
melepaskan lelah sambil menikmati permandangan yang indah. Masa ni guruh mulai
kedengaran di langit. Haihh apalah nasib kalau hujan lebat nanti? Bergelumang
dengan dosa selut laa oii. Siap pakej sekali dengan sliding di trek yang licin.
Rest for about 10 mins dan kami teruskan
perjalanan ke puncak BK.
Hujan renyai sesekali menemani langkah kami. Sesekali berselisih dengan
para pendaki yang dalam perjalanan turun. Alhamdulillah kebanyakkan mereka
turut memberi kata semangat kepada kami. Thor-baeklah kalian!
Dalam kami mengesot tu, tiba – tiba suara Papa Chip kedengaran di walkie talkie. Bertanya khabar kami
warga sweeper di belakang ni. Menurut
Papa Chip, mereka telah tiba di puncak seawal jam 12.10 t/hari tadi dan Ijah
serta Cikgu Sue juga telah tiba dalam jam 1 lebih tadi. Fira-un cuba meyakinkan
Papa Chip yang kami akan tiba selewatnya jam 2.30 petang di Chimney. Yakin
dengan kemampuan kami para sweeper
yang berkaliber lagi bergaya, Papa Chip memutuskan untuk terus menunggu kami di
Chimney sementara beberapa ahli KiUB yang lain mulai menapak turun.
Apabila kami hampir melepasi satu bukit yang agak mencanak, kami
berselisih dengan beberapa ahli KiUB yang sudah dalam perjalanan turun ke
bawah. Mereka kelihatan gembira dan terus memberi semangat kepada Kak Aisyah
untuk meneruskan perjalanan ke puncak BK yang terletak sudah tidak jauh, lebih
kurang 20 mins dari situ. Usai mengucapkan selamat tinggal, kami meneruskan
lagi perjalanan.
Jam 2.35 petang,
Alhamdulillah, kami tiba di Chimney.
Turut kelihatan Papa Chip, Kak Roket dan Laini yang menyambut kedatangan
kami ke Chimney. Macam datang beraya pulak rasanya. Papa Chip terus menawarkan
kami air tea’o’ suam untuk memanaskan badan kami. Selesai berehat dalam 10 mins
gitu, Fira-un dan Ucenaa minta kebenaran untuk ke ‘Petronas’ sebentar sebelum
kami semua naik ke puncak BK.
Nature calls. Settle.
Pic.14: Yeay, dah sampai Chimney!
Jam 3.00 petang,
Alhamdulillah. Menawan puncak BK dengan penuh bergaya. Kami cuba mengajak
Kak Aisyah untuk memanjat puncak batu landmark
BK, tapi dia takmau pasai gayat katanya. Masa ni kami jejak kasih kembali
dengan Ijah dan Fara-tott. Suasana syahdu menyelubungi. Cehh. Menyampah statement. Anyway, kami membuat cubaan untuk bergambar di atas batu landmark BK. Nasib menyebelahi kami yang
tiba lewat ni sebab diorang yang tiba awal terpaksa berebut untuk naik ke batu
tu. Maklumlah ruang di atas batu tu kecik jer. Muatlah takat 5 orang dalam satu
masa. Tu pun kena berhimpit. So, time kami sampai, orang dah start turun. Takde lah nak berebut sangat.
Lols.
Pic.15A
Pic.15B
Pic.16
Pic.17A
Pic.17B
Pic.18
Pic.19A
Pic.19B
Pic.19C
Pic.19D
Pic.19E
Pic.19F
Pic.15A & 15B: Menjejak ke puncak dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan.
Pic.16: Hero - hero Malaya kita... tapi Ijah bukan hero, dia herot. Hehehe. Kidding sisturrr :)
Pic.17A & 17B: Tudia warga sweeper bergambor sakan di puncak!
Pic.18: Papa Chip juga taknak melepaskan peluang berposing setepek di pokok atas batu landmark BK.
Pic.19A, 19B, 19C, 19D, 19E & 19F: And the rest are history like you and me got a whole lot of history~ We could be the greatest thing that the world has ever seen~
Papa Chip beri peluang kami berposing
sakan lebih kurang dalam 15 mins lepastu kami meneruskan perjalanan ke sebuah
kawasan banglo tinggal @ Ruins. Dah alang – alang sampai puncak, why not explore lebih sikit ke sana kan?
Kak Aisyah dan Pak Sony tidak turut serta dan terus turun dari puncak BK sambil
ditemani Ijah. Fara-tott dan Asyraf pulak melepak di puncak BK sementara
menanti kepulangan kami dari Ruins.
Jam 3.30 petang,
Tiba di Ruins.
Explore sekitar kawasan banglo
tinggal tu sikit – sikit. Dah tak banyak ruang yang tinggal. Sekadar tangga ke
pintu utama, beberapa dinding dan tingkap yang masih kukuh berdiri. Gigih
bebenor laa orang – orang British ni bina banglo kat puncak bukit ni oiii.
Pic.20: Tu spesis gadis melayu beruang koala terakhir. Limited edition.
Pic.21A, 21 & 21C: Cubaan untuk bergambar ala - ala hipstur, tapi berakhir dengan hancurss.
Pic.22: Tangga ke pintu utama. Antara ruang yang masih utuh di kawasan Ruins.
Pic.23: Okey, yang ni bukan Ruins. Yang ni jahanam namanya. #gegadishipstur #bukangegadistepilorong
Settle explore dan bergambar di sekitar
Ruins tu, kami menapak pulang kembali ke puncak BK.
Pic.24: I'm coming home, I'm coming home... Tell the world I'm coming home~
Jam 4.20 petang,
Tiba semula di puncak BK. Menjamah seketui roti penyet + kaya sebelum
meneruskan perjalanan turun. Jam 4.40 petang kami semua meninggalkan puncak BK.
Cuaca masih mendung dan sesekali deruan angin menyapa. Perghh bahasa jiwa
bangsa benar ini.
Dalam perjalanan turun ni, lutut Ucenaa mula protes. Mungkin masa kecik –
kecik kurang nutrisi ini budak. Okay.
Kidding.
Tak tahan dengan tahap protes lutut, ditambah lagi dengan trek licin yang
menjadi batu api pada tahap protes lututnya… Ucenaa minta Fira-un untuk
spray-kan Perskindol. Settle first aid,
perjalanan diteruskan. Lebih kurang 15 mins berjalan, sekali lagi lutut Ucenaa
melancarkan mogok. Ciss lutut, kau pikir kau ni Jamal ke nak mogok mogok ni?
Opps.
So, kami stop kejap kat satu permatang ni untuk
sapu Counterpain pulak. Hopefully
tahan lama sikitlah kesannya. Masa ni cuma tinggal Fira-un, Ucenaa, Fara-tott
dan Asyraf jer, yang lain – lain laju dah berdesup kat depan. Sedang kami
merawat tu, kelihatan Papa Chip yang berpatah balik sebab risaukan keadaan
kami. Katanya kami tertinggal agak jauh, so
cepat – cepat dia suruh kami meneruskan perjalanan dan berjanji akan berhenti
rehat lama sikit di Viewpoint BK
nanti. Dalam 10 minit berjalan, kami terserempak pula dengan Aeh dan Udie yang
tengah syok take 5. Katanya taknak
kena kecam sebab tinggalkan “amanah”, if
you know what I mean J
Tak jauh depan tu, kami jumpa dengan Pak Sony dan Kak Aisyah. Perjalanan
masih diteruskan memandangkan Viewpoint
BK dah tak jauh dari situ. Trek yang licin kadang membuatkan masing – masing
ter-menyumpah seranah dalam hati. Pffttt…@#$%!&*
Jam 5.50 petang,
Tiba di Viewpoint BK.
Masing – masing terduduk melepet. Penat woiii. Dan kami masih belum pun
sampai separuh perjalanan lagi. Baru suku nak oii. Allahu. Masa ni, kami dah
berkumpul sekali. Jumlah 12 orang semuanya.
Anyway, tak sekejam namanya…
Fira-un terus merawat luka di hati lutut Ucenaa yang dari tadi mogok tak
berhenti tu. Awww… so sweet laa
Fira-un ni. Terserlah ciri – ciri calon menantu omak awok di situ. Aeh pun bermurah hati menawarkan hatinya knee guard nya untuk dipakai Ucenaa.
Sambil merawat si Ucenaa, Papa Chip memberi sedikit taklimat ringkas mengenai
perjalanan turun. Kami diminta bergerak dalam satu kumpulan. Ucenaa dan Kak
Aisyah harus berada dihadapan sekali memandangkan mereka injured / pergerakan agak slow.
Sementara yang lain akan berjalan di belakang. Sebolehnya kami diminta tidak
berpecah memandangkan hari sudah semakin lewat dan kami dijangka tiba di Kg.
Pertak selewatnya jam 9 malam.
Lebih kurang 10 mins kemudian, kami meneruskan perjalanan turun ke zon
selamat @ checkpoint I ♥ Bukit Kutu.
Pic.25: Cuma ini yang sempat snap masa turun. The rest...haih, gedebakk gedebukk gedebikk pahkorokk :D
Jam 6.15 petang,
Kami sekadar melewati checkpoint
Batu Tedung. Papa Chip menyarankan kami agar meneruskan perjalanan memandangkan
hari semakin gelap dan keadaan cuaca yang masih tidak menentu bakal menyukarkan
perjalanan turun nanti. Segala penat dan sakit kami tolak tepi.
Trek licin yang telah dilanyak lebih 100+ orang terpaksa kami redah.
Ditambah lagi laluan yang menjunam 75˚. Allahu. Pak Sony, Ijah
dan Fira-un bergilir – gilir menjaga langkah Kak Aisyah dan Ucenaa. Sesekali
sengaja kami melawak sarkis untuk menghiburkan hati masing – masing. Segala
macam aksi tersadung, ter-sliding,
ter-split dan macam – macam terrr
lagilah kami hadap sepanjang perjalanan turun.
Serius mental nyaris koyak. Nyaris.
Lebih kurang jam 7.10 malam, kami berhenti ditengah trek. Menghormati
waktu maghrib. Masing – masing terdiam menilik nasib. Krik, krik, krik…kriukkkk
gruuuu~ Tetiba bunyi unggas malam diselangi bunyi perut yang kelaparan. Allahu.
Lebih kurang 15 mins, kami kembali meneruskan perjalanan. Perut yang
semakin rancak berdondang sayang mulai menukar genre kepada rock kapak.
Jam 8.05 malam,
Tiba di safe zone @ checkpoint I ♥ Bukit Kutu.
Kami terduduk sekali lagi. Melepaskan lelah menahan lutut sepanjang
perjalanan turun tadi. Berasap kepala lutut oii. Terasa katang jer peha dan
betis ini. Kami bertanya keadaan Ucenaa dan Kak Aisyah. On tak on?
Nasib depa jawab on. Baru ingat
nak golek jer depa ke bawah kalau depa tak on
tadi. Huuu…
Tak mahu membuang masa kerana kami ada lebih kurang 2 jam perjalanan lagi
yang harus ditempuhi, so kami
meneruskan langkah.
Jam 9.20 malam,
Tiba di river crossing yang kau
kena harung paras lutut siang tadi tu. Dengan kudrat yang masih ada, kami
berjaya melepasi cabaran yang tak seberapa tu. Cehh, statement nokharom. Anyway,
bila kami sampai diseberang, kami dapat berita dari Papa Chip yang Laini pun
dah start injured kat lutut. So, kami semua tunggu Laini tiba dan
rawatan first aid diberikan.
Settle dengan first aid, kami meneruskan perjalanan.
Masih berbaki 2 jambatan yang kami perlu harungi sebelum tiba di Kg. Pertak.
Masa ni sumpah laluan trek balak ni licin nokharom. Perjalanan singkat terasa
begitu jauh. Lapar dan penat menguasai diri. Langkah semakin longlai dan
melimpah ke ladang gandum dan puff jadilah coco crunch! Ye, ye time ni memang mental melecet dah. Tu
pasal meroyan tetiba. Ampun pak.
Anyway, despite all that we
managed to reach the end. Dan 2 jambatan tu pun dapat kami seberangi dengan jayanya.
Jam 10.25 malam,
Alhamdulillah, kesemua kami 12 orang berjaya tiba di Kg. Pertak dengan
bergaya bak budak subang jaya, ada banyak gaya, macam hari – hari, hari raya~
Ada yang singgah di sungai untuk membersihkan apa – apa yang patut,
maklumlah kasut dan seluar dah takde rupa dah. Bergelumang dengan selut nak
oii.
Regroup. Mengucapkan terima
kasih kat Asyraf yang sudi overtime sekali
ngan kami walhal dia cumalah guide
terjun jer hari ni. Jasamu dikenang brothaaa~
Bertolak meninggalkan Kg. Pertak sekaligus mengucapkan selamat tinggal
kepada Bukit Kutu.
Jam 11.15 malam,
Selamat tiba di homestay.
Ucenaa awal – awal lagi dah menyerbu bilik mandi. Tak tahan takut migraine katanya. Sementara Fira-un dan
Fara-tott terus menyerbu meja makan. Perut yang tadi sekadar bergenre rock kapak telah pun masuk ke fasa
heavy metal. Nasi goreng campak +
keropok ikan. Perghhhh nikmat dunia! Dipadankan dengan kopi ‘o’ panassss lagi.
Perghhh terus head banging perut den!
Then those yang nak pulang ke KL dan
Kuantan malam tu jugak mula bergilir – gilir untuk bersihkan diri dan melantak
apa yang patut. Sambil – sambil tu Papa Chip pun ada buat short post mortem dan bertanya pengalaman kami sepanjang trip hari ini.
Jam 12.35 malam,
Kami pun berangkat pulang ke KL. Papa Chip and the gang masih bermalam semalaman di homestay. Dengan langkah yang begitu berat, kami meninggalkan KKB.
Kau pi baca kat blog orang
lain, depa punya average mendaki BK roughly 4 – 5 hours laa. Some only
takes about 3 – 4 hours. Tapi kami pi buat 14 jam punya duration. Naya. Kalau kau tanya kami nak
pi lagi ke tak, sumpah jawab… NAKKKK!
Kbai.
P/s: Sorry
takde gambar – gambar sepanjang kami overtime.
Maklumlah, hari dah gelap. Masing – masing pulak dah penat dan kelaparan. Mindset dah tuju nak makan, nak tido
jer. Huhu. Anyway, pada ai trip hari ni best cenggini *two thumbs
up*. Penat memang penat, lapar memang tahap nokharom, siap dengan overtime bagai…tapi teamwork kali ni memang tahap A-class.
So, this time kaki tak tatett, badan
tak tatett, hati pun tak tatett… ai is
happy :)
“Trust is knowing that when a team member does push you, they’re doing it because they care about the team.”
Okey, tahniah untuk semua yang terlibat! *claps*
Tahniah kepada semua line-up di
atas kejayaan:
þ Menawan puncak Bukit Kutu
þ Menjelajah kawasan Ruins
þ Berjaya membantu sesama
rakan – rakan yang di dalam kesusahan
þ Selamat pergi dan selamat
kembali juga
Kudos to all.
“It does not matter how slowly you go as long as you DO NOT STOP”
- Confucius
Bak kata Papa Chip, “Kejayaan sesebuah pendakian itu bukan sekadar
menakluki puncak, tetapi pendakian yang berjaya ialah apabila kita SEMUA
selamat pergi, menawan puncak, pulang dengan selamat dan dapat meneruskan
kehidupan seharian seperti biasa tanpa MC!”
Yeaaaabaaa~
P/s: Terima kasih untuk semua team members yang super supportive
and awesome. Ai is happy. Ai ada story yang ai boleh share dengan anak cucu bila dah tua nanti. Ai will be proud and annoyingly annoys my grandkids dengan statement, dolu- dolu Grandmomy ni ohsem
orangnya. Engkorang sibuk slide
insta/fb jer, Grandmomy siap slide
surfing dengan selut dalam hutan. Kau hado? Blekkk.. :P
So long and see chuolls
in NEXT PROJECT. *hugs*
Adios :)