POV: Fira-un
Time Keeper: Mostly ikut masa Fira-un yang menyiput dan selebihnya agak – agak secukup rasa jer
Line-up: 20 orang + 3 orang local guide + 2 orang kawan local guide
Team Kuantan: Papa Chip, Tok Busu, Budak Junior, Raif, Kak Roket, Yana, Udie
Team KL: Kak Tini, Aman, Azmir, Mumtaz
Team Anak Pungutss: Fira-un, Fara-tott, Alep, Ajim
Team Maran: En. Mail, Abg Lan, Kak Aida, Ijam, Intan
Local guides: Asyraf, Cho, Jebat, Lelaki itu (kawan local guides)*, Perempuan itu (kawan local guide)*
Time Keeper: Mostly ikut masa Fira-un yang menyiput dan selebihnya agak – agak secukup rasa jer
Line-up: 20 orang + 3 orang local guide + 2 orang kawan local guide
Team Kuantan: Papa Chip, Tok Busu, Budak Junior, Raif, Kak Roket, Yana, Udie
Team KL: Kak Tini, Aman, Azmir, Mumtaz
Team Anak Pungutss: Fira-un, Fara-tott, Alep, Ajim
Team Maran: En. Mail, Abg Lan, Kak Aida, Ijam, Intan
Local guides: Asyraf, Cho, Jebat, Lelaki itu (kawan local guides)*, Perempuan itu (kawan local guide)*
*maaflaa hanya mampu letak nama samaran. Sumpah
lupa nama depa dua ketui ni. Sekali lagi, maaf ye. #kosongkosong
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s:
OK.
Ampunkan
ai sebab lambat gilosss nak meng-up-date
entry. Ai is busy kau tahu apa. Anyway, this is it peeps! Catatan
ringkas xpdc Gunung Liang East – Liang West – Tumang Batak (GLEWTB). Hadaplah
mengkome sekalian. Ate nye kite bawok kome ke tanah Perak ler ye.
30.08.18 (Khamis)
Jam 10.40 malam,
Seperti biasa laa wahai rakyat jelata sekalian, ini team anak pungutss memang selalu tersasar dari landasan yang benar.
Niat di hati yang mulia ini nak bertolak jam 7 malam, sekali jam 10.40 malam
baru gerak keluar KL daa~ haih apa boleh buat. Kita hanya mampu merancang,
Tuhan yang menentukan segalanya. Gituh.
Pic.1
Pic.2
Pic.3
Pic.4
Pic.1: Team Kuantan yang telah tiba lebih
awal di homestay. Kelihatan mereka
cuba membuat kami jealous dengan
menunjuk betapa lahapnya Udie yang makan dalam periuk. Chehhh~
Pic.2: Team
Maran yang masih dalam perjalanan.
Pic.3: Team
KL yang juga masih dalam perjalanan.
Pic.4: Team
Anak Pungutss yang kononnya dalam perjalanan padahal masih kat KL sibuk
mentekedarohh.
Jam 12.00 t/malam,
Alhamdulillah tiba di homestay
tempat berkumpul nya semua para pendaki yang akan mengikuti xpdc kali ini. Papa
Chip menyambut kami the anak pungutss yang comel bak teletubies ini dengan
senyuman. Fuhhh nasib Papa Chip tak marah uiii. Kecut perut dah sekoq – sekoq
tadi. Allahu.
Usai menegur sapa beberapa pendaki yang masih belum tidur, kami mula re-pack haversack. Bertungkus lumus laa
kami menggodek haversack masing –
masing untuk memasukkan baki ration
dan barang – barang kumpulan. Settle.
Tepat jam 1.30 pagi, masing – masing mula berdengkoq sakan. Zzzzzzz.
31.08.18 (Jumaat)
Jam 5.30 pagi,
Jam di dinding terus
berdetak ahhh..ahhh ahhh
Oke. Semula.
Jam menunjukkan tepat
pukul 5.30 pagi. Masing - masing mula bangun dan beratur untuk menunggu giliran
ke bilik mandi / tandas. Perghh mengantuk dia tu boleh bawak gaduh derr. Belum
campur dia punya godaan shaitonnirajim lagi untuk kembali golek - golek kat
tilam. Allahu.
Settle dengan mandi dan nature calls bagai, kami melahap nasi lomak + kuih muih di pagi
yang mulia ini ku susun sepuloh jari. Masing- masing begitu rakus melahap tanpa
memikirkan masa depan yang belum pasti.
Pic.5
Pic.6A
Pic.6B
Pic.5: Seperti biasa Fira-un dan Alep
memang suka menyibuk sekali dalam setiap gambar Ajim.
Pic.6A & 6B: Menyempat jer sesi bergambor kat
depan homestay ni. Naseb laa acik
tuan rumah homestay ni sporting jer. Siap mintak menantu dia
tolong snapkan gambor kami!
Terbaiklah acik.
Breakfast sudah. Bergambor pun sudah. Maka kami mulakan
perjalanan ke checkpoint permulaan
iaitu di Loji Rawatan Air Ulu Behrang (LRA). Di sana nanti baru kami akan
berjumpa dan bersesi ramah mesra dengan 3 orang local guides yang bakal memandu kami ke jalan yang benar.
Perjalanan kira-kira
15 minit (by car) menemukan kami
dengan starting checkpoint. Turut
kelihatan beberapa pendaki dari group yang lain tiba di LRA. Nampaknya agak
'meriah' xpdc kali ini.
Usai parkir kenderaan
(perghhh...BM dulu A+ kot), kami mula bergerak menuju ke kaki GLEWTB. Dari jauh
sudah kelihatan 3 orang local guides
kami iaitu Asyraf, Cho dan Jebat serta 2 orang kawan mereka iaitu Lelaki itu
dan Perempuan itu. Sedikit salam perkenalan antara guides dan para pendaki sebelum taklimat ringkas berkenaan xpdc di
beri oleh Papa Chip. Selesai taklimat ringkas, kami menuju ke hati ke arah
Pegawai Jabatan Hutan yang sudah menanti kehadiran kami di hadapan. Sebelum
memasuki kawasan hutan, kami diperiksa oleh Pegawai Jabatan Hutan yang
bertugas. Segala permit dan surat pengesahan digodek- godek oleh mereka.
Pic.7A, 7B & 7C: Sesi memunggah haversack dari kenderaan masing –
masing. Kami parkir tepi jalan jer.
Pic.8A & 8B : Tok Busu membaca doa agar
perjalanan yang bakal ditempuhi hari ini diberkati dan dilindungi oleh Allah
SWT.
Pic.9: Sesi ramah mesra bersama abam - abam
guides dan taklimat ringkas dari Papa
Chip.
Pic.10A, 10B & 10C: Pemeriksaan permit
oleh pihak Jabatan Hutan Daerah Perak.
Jam 9.30 pagi,
Selesai bacaan doa
oleh Tok Busu, kami memulakan perjalanan menuju puncak..impian dihati...bersama
janji azam sejati..pasti berjaya yadayadayada~
Melintasi LRA dengan
penuh bergaya sebab trek masih on road
(jalan tar) dan landai. Masuk jer sempadan hutan, kami menapak di lereng bukit.
Boleh tahan lah pacak dia. Tapi muka masih cool.
Selesai melereng bukit, trek menuju ke Lubuk Hantu pun masih agak landai. So,
masing boleh tahan berdesup jugaklah langkahnya. Namun ada juga beberapa
pendaki yang terpaksa singgah "Petronas" gara-gara sambal nasi lomak pagi
tadi. Pedih pungkoq weiii katanya. Fuhhh, nasiblah seketul Fira-un ni tak
tergolong sekali dalam golongan pedih pungkoq tu.
Pic.11A & 11B: Menuju ke sempadan hutan bagai budak Subang
Jaya, ada banyak gaya, macam hari – hari raya~
Pic.12A, 12B & 12C: Mula melereng di
sempadan hutan. The real adventure begins.
Gituh.
We crossed 1 – 2 baby river (anak sungai). Sungai dia cetek, kau siap boleh
meniti or pijak laa batu – batu kat situ untuk cross ke seberang. Kalau kau pro,
inshaAllah tak basah laa kasut. Kalau kau tak berapa nak pro, it’s okay. Next time
cuba lagi, kasi pro. Hiks!
Pastu kami tiba di
satu checkpoint yang kami dah lupa
apa nama dia. So, bedal jer laa nama dia checkpoint
Lubuk Hantu Pelesu (Palsu). Pasaipa dia pelesu? Pasai kami ingat dah sampai checkpoint Lubuk Hantu, rupe nya kami
kena kencing. Cisss hancing sungguh! Anyway,
we take 5 over there. More or less 15 mins jugaklah.
Pic.13A & 13B: Sekitar checkpoint Lubuk Hantu Tipu.
Pic.14: Gano ke Ganu kiter? Huuu~
Pic.15: Anggur liar…?
Jam 12.00 t/hari,
Tiba di campsite Lubuk Hantu. Best jugak lah tempatnya. Luas dan
sungai dia besar. Boleh laa kau nak terjun tiruk ke terjun botol ke, asal tak
terjun-nam ke hati saya sudah! Cia, cia, cia~
Campsite untuk berkhemah pun luas dan rata. Anyway, as we gonna have a good break over
there, Fira-un dan Papa Chip dah siap - siap cari port nak take a nap.
Weiii mengantuk dia boleh bawak gaduh kau tau.
Pic.16:
Kem Lubuk Hantu. Yang benar. Bukan cobaaaan~
Pic.17A
& 17B: Papa Chip dah dapat port
landing baikkk punya.
Pic.18:
Bukan cubaan untuk mengunyit tapi cubaan untuk menggodek pacat yang menggeget
dagu Fara-tott.
Sempatlah lelap dalam
20 mins sebelum kami mengambil keputusan untuk bersiap meneruskan perjalanan ke
Kem 7E. Tak tahan dengan lebah yang sibuk menghurung beg dan baju kami pun ye
jugak. Aisey.
Jam 12.30 petang,
Melangkah meninggalkan
Kem Lubuk Hantu menuju ke tempat yang kami akan bermalam iaitu Kem 7E. Di Kem
Lubuk Hantu inilah last river crossing
sebelum kami bertemu dengan trek pacak tahap 75ᵒ. Depa kata rileks lah, 2 jam lebih sampailah Kem
7E. Depa katalah kan. Depa kata. Hmmm.
Abah kau lah 2 jam
lebih! *eh, ter-emosional pulak*
Tak banyak yang dapat di-describe-kan tentang perjalanan menuju
ke Kem 7E. Penat + mengantuk semalam tak hilang lagi. Mood pun kelaut dah. Apa yang dapat dirumuskan cumalah:
·
Hanat
beteii trek dia.
·
Hanat
beteii trek dia.
·
Team berpecah -pecah. Masing- masing terpisah agak
jauh.
·
En.
Mail, Papa Chip dan Ajim mengalami cramp
yang agak teruk.
·
Budak
Junior yang gagah perkasa terpaksa membantu membawa beg Papa Chip.
·
Beberapa
pendaki kelihatan pewai dan hampir kecundang.
·
Beberapa
pendaki juga disengat tebuan dan ada trek baru terpaksa dibuka semata untuk
mengelak laluan yang ada sarang tebuan.
·
Mental
hampir melecet. Sikit hari nak koyak. Nasib mampu bertahan lagi.
·
Dan
ya sekali lagi hanat beteii trek dia. Lols.
Jam 5.35 petang,
Finallyyyyyyyy, tiba di campsite
7E! Allahu.
Kami berehat sebentar
sambil menanti beberapa orang pendaki yang masih belum tiba. Sambil - sambil
itu kami usyar jugak tapak nak landing
malam nanti. Tak lupa jugak tapak untuk memasak sekejap lagi.
Pic.19A
& 19B: Bertungkus lumus menyediakan tempat penginapan bertaraf paisetar!
Pic.20:
Cubaan chef - chef yang tak
bertauliah untuk menyediakan bahan masakan. Berkicauan dapur tu oiii~
Water checkpoint pulak seakan dekat tapi jauh dengan kami. Dia
dekat pasal lokasi dia sebelah tapak khemah kami, tapi dia jauh pasal nak boleh
sampai ke punca air tu, kami kena turun bukit dalam 5 minit. Macam senang. Tapi
nak naik tu jap lagi perghhh bercinta uiii. Pacak dia boleh tahan. Tu kalo nak
tercirit tu mahu bawak bergaduh nak boleh sampai kat punca air tu. Allahu.
Tidak
lama pastu, semua pendaki tiba di campsite.
Masing – masing terduduk melepaskan lelah. Masa ni baru kami dapat tahu yang
En. Mail dan Aman terpaksa berpatah balik kerana faktor kesihatan (En. Mail – cramps teruk & Aman – allergic reactions pasai dia tomoi dengan tebuan tadi). Pastu 2 orang guide (Cho & Jebat) mengambil
keputusan untuk turun menemani mereka ke Kem Lubuk Hantu dan bermalam di sana.
Kat sini baru nampak
masalah timbul bila Aman bawak ration
beras untuk Team KL – so tak ber-nasik lah menu Kak Tini, Mumtaz dan Azmir.
Bagi team Kuantan, Anak Pungutss dan Team Maran pula… En. Mail bertanggungjawab
membawa periuk untuk masak nasi dan telur untuk menu nasi lemak – maka tak
berteloq laa nasi lomak den. Lastly,
guide kami (Asyraf) dan kawan dia si Lelaki itu dan Perempuan itu pulak ditinggalkan
dengan ration makanan yang agak limited pasai mostly ration ada pada Cho dan Jebat.
*sigh* *sigh* *double sigh*
Anyway, benda boleh settle.
Kau pergi as a team. Takkan takleh settle masalah as a team ye dakk?
So, kami sedekahlah sikit ration beras kami kat team
KL. Lepas laa untuk diorang bertiga makan malam ni dan esok hari. Pastu kami
ajak si Asyraf and the gang tu makan
sekali dengan kami. Alaa kau, orang tu dah guide
xpdc kau..takkan support makan pun
nak berkira. Kedekut unta namanya itu.
Sementara kaum lelaki
sibuk menyiapkan rumah tangga, kroni – kroni gegurls pergi mandi dan menukar pakaian dulu. Fira-un dan Fara-tott
mula menyediakan bahan masakan untuk dinner
malam nanti. Nasiblah separuh lagi periuk Ajim yang bawa. Kalau tak, kunyahlaa
kome beras tu sejemput sorang. Selesai masak nasi atas dapur dan menyediakan
bahan masakan, laju- laju si Fira-un dan Fara-tott menyerah tugas kepada Kak
Aida and the gang untuk settlekan selanjutnya. Bukan apa, kalau
si Fira-un dan Fara-tott ni yang jadi chef,
risau ada yang berebut “Petronas” malam nanti. Dahlaa punca air tu ciput. Tak
memasal bermusuhan nanti.
Lebih kurang jam 9.00
malam, kami semua mencekik dengan penuh selera. Menu makan malam; nasi putih,
sayur kobis tumis, ayam goreng mengunyit. Astaghfirullah. Sampai ke dalam hutan
pun kau nak mengunyit ke ayam?
Jam 11.00 malam,
Kedengaran riuh rendah
pendaki – pendaki dari group yang
lain tiba di Kem 7E. Mereka mengambil port
yang agak bawah sikit memandangkan kami sudah conquer di bahagian atas. Huhu. Meskipun sudah lewat malam,
kelihatan mereka masih rancak dan bertenaga melakukan urusan masing – masing.
Tiba- tiba salah seorang pendaki dari group
lain itu menyapa Papa Chip dan meyampaikan ‘amanah’ yang diterima dari En. Mail
dan Aman. Rupanya mereka terserempak dengan En. Mail dan Aman di Kem Lubuk
Hantu dan tolong ‘mengepos’ periuk nasi dan telur untuk menu nasi lemak kami.
Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi weh. Brotherhood hikers betul. Kudos!
Tak lama kemudian masing
– masing mula mengerekot dalam sleeping
bag. Suasana kian sepi. Cuma kedengaran suara dari campsite bersebelahan kami yang masih rancak bersembang. Angin
malam kian terasa. Sejuk dia sampai ke tulang itam wa cakap sama lu.
P/s:
Anyway, pengalaman hari ini banyak
mengajar ai. Masih banyak yang perlu ai perbaiki untuk menjadi pendaki yang
bertauliah, penyabar dan tidak selfish.
Banyak yang nak ai karang dan luahkan, tapi memandangkan sudah lewat malam…
otak pun dah jeng jegejengg jegejenngg jengg. Nanti cerita pahceroh tak habis.
Kbai.
01.09.18 (Sabtu)
Jam 6.45 pagi,
Kedengaran bunyi alarm masing – masing yang berselang
seli. Dari lagu heavy metal sampailah
ke bunyi ciak – miak burung, you named it.
Godaan syaitannirojim pagi ni bukan gurauan. Aduiii, iman dah laa senipis bawang’s skin. Allahu.
Kelihatan campsite di sebelah sudah lengang dan
sunyi. Ai tak sure laa jam berapa
diorang tu semua tidur tapi yang pasti lebih kurang jam 4.00 pagi tadi diorang
dah mulakan perjalanan menuju puncak Gunung Liang East – West.
Anyway, masing – masing mula keluar dari kepompong sleeping bag dan bersiap apa yang patut.
Sarapan untuk pagi ini
disediakan oleh Kak Aida and the gang.
Menu breakfast; nasi impit, kuah
kacang express, serunding daging. Yummehh!
Pic.21:
Tudiaaa Kak Aida dan Kak Roket merangkap chef
yang tak bertauliah kami.
Pic.22:
Penempatan kami di Kem 7E yang tak ubah seperti kem perlarian Somalia. Huhu.
Jam 7.45 pagi,
Sesi taklimat ringkas
berkenaan perjalanan dari Kem 7E ke puncak Gunung
Liang East – West (GLEW) diberikan oleh Papa Chip. Beliau juga memaklumkan
yang Team KL (Kak Tini, Mumtaz & Azmir) hanya akan menawan puncak GLEW dan
turun semula ke Kem 7E untuk berkemas sebelum terus turun ke Kem Lubuk Hantu
untuk membawa Aman keluar. Last
berita yang kami dapat semalam ialah Aman dan En. Mail selamat dibawa turun
semula ke Kem Lubuk Hantu dan bermalam di sana bersama Cho dan Jebat. Keadaan
kedua – dua mangsa keadaan tu dilaporkan stabil cuma untuk mengelakkan
keadaan Aman menjadi lebih serius, Team KL mengambil keputusan untuk membawa
Aman keluar dan terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, bagi pendaki
yang lain, keputusan sama ada untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung
Tumang Batak akan dibuat selepas semua berjaya sampai dipuncak GLEW dulu.
Selesai bacaan doa,
masing – masing kelihatan bersemangat memulakan langkah.
P/s:
Ai pun bersemangat. Semangat 10 langkah yang pertama! *if you know what I mean*
Pic.23A, 23B & 23C: Sekitar perjalanan menuju ke puncak GLE. Cuaca masih redup dan kami
masih dalam mode energetic. Kononnya
lah.
Pic.24:
Labu sayong in berlumut style...?
Pic.25A,
25B & 25C: The Anak Pungutss on track.
Pic.26:
Otai - otai gunung kami, Tok Busu dan Papa Chip. OK yang depan tu bukan otai,
tu petai.
Pic.27:
Kecik - kecik dulu tak mau jadi Spiderman,
dah lanjut usia begini baru nak buat perangai. Layankan ajelah.
Jam 9.50 pagi,
Alhamdulillah!
Puncak Gunung Liang East (GLE) selamat kami
tawan. Terharu siak. Permandangan di GLE kelihatan begitu indah dan awesome. Penampakan beirut di tengah puncak memberi rasa bahagia berbunga – bunga uiii.
Subhanallah.
Hilang sekejap rasa
penat + rasa maroh + rasa nak maki yang dilalui sepanjang perjalanan ke puncak
GLE tadi.
Dah.
Nak describe panjang – panjang pasal feeling ni pun tak guna. Lu kasi naik
atas sini laa, feeling sendiri.
Sesi bergambar dan
bergambar lagi.
Pic.28:
Take 5 sebentar bersama kitkat di
puncak GLE.
Pic.29:
Tudia Ijam dan Aeh bersama guide kami
si Asyraf.
Pic.30:
Antara wanita melayu terakhir yang berjaya menawan GLE, Intan dan Yana. Yang
lagi 2 ketui tu bukan wanita melayu, itu kacang hantu. OK, kidding brothaa. Heee...
Pic.31:
Fira-un dan hero malaya nya, Papa Chip!
Pic.32A
& 32B: OK so The Anak Pungutss in the
house!!! With all the struggle that
we've been through, we just made it to the top. #bloodsweatandtears
Jam 10.10 pagi,
Settle sesi berposing
di GLE, kami bertolak ke puncak Gunung Liang
West (GLW) pula. Katanya dalam masa lebih kurang 10 – 15 minit sahaja. Trek
dia pun hanya menyusur di atas permatang. Sesekali kami berselisih dengan
beberapa pendaki dari group lain yang
mungkin sudah dalam perjalanan pulang ke Kem 7E.
Jam 10.30 pagi,
Alhamdulillah!
Selamat menawan puncak
GLW. Permandangan di GLW agak terhad kerana puncaknya agak tertutup dan dikelilingi
hutan. Plus, puncak GLW agak pack dengan pendaki – pendaki dari group lain yang terlebih dahulu tiba
dipuncak sejak pagi tadi. Masing – masing sibuk dengan sesi bergambar. Tak
terkecuali kami! Hehe.
Suasana agak riuh
rendah dengan suara riang gembira para pendaki dan turut kelihatan ‘Dinosour’ terselit dalam kemeriahan itu.
Gigih laa depa ni bawak mascot Jurassic Park tu.
Pic.33:
Yup, thats Fira-un dan Fara-tott.
#gengsingleonsale
Pic.34:
Our beloved Budak Junior dan abah
kesayangan dia, Tok Busu.
Pic.35A,
35B & 35C: We all made it to the top!
Well, not all of us but one for all, all for one kan? Kejayaan ini untuk
En. Mail dan Aman juga!
Pic.36:
Lagi sekali, team Anak Pungutss!
Pic.37:
Satu - satunya gambar yang sempat kami 'culik' Kak Tini. Susah benar nak
bergambor dengan team KL ni. Depa
jalan pakai turbo kau tau. Berdesup terus hilang dari pandangan. Heee~
Dalam kerancakan
bergambar dan riuh rendah suasana, keputusan untuk meneruskan pendakian ke
puncak Gunung Tumang Batak (GTB) telah
diambil. Setelah diambil kira faktor kesihatan dan keselamatan para pendaki,
hanya 9 orang pendaki + 1 orang guide
yang akan meneruskan pendakian ke puncak GTB. Dan insan – insan awesome tersebut ialah Asyraf (guide), Intan,
Ijam, Yana, Alep, Aeh, Fara-tott, Fira-un, Budi and our Budak Junior.
Masing – masing mula check keperluan makanan dan torchlight untuk di bawa ke puncak GTB.
Kami dijangka tiba di puncak GTB inshaAllah jam 2.00 petang dan dijangka tiba
semula di zon selamat (GLE) pada jam 7.00 malam. So, masing – masing diingatkan untuk membawa torchlight dan stok makanan lebih sikit memandangkan perjalanan
masih lagi jauh.
Jam 10.40 pagi,
Memandangkan Papa Chip
selaku ketua xpdc tak dapat join ke
GTB, kami dinasihatkan agar semua memberi kerjasama dan mendengar arahan Asyraf.
Papa Chip juga mengingatkan supaya kami tidak selalu berpecah dan bergerak
dalam satu kumpulan terutama apabila hari semakin gelap nanti. Dan secara
paksa-rela juga kami melantik Budak Junior untuk menjadi sweeper.
Usai mengucapkan
selamat tinggal kepada sebahagian lagi team
yang akan pulang kembali ke Kem 7E, pendakian ke puncak GTB dimulakan.
P/s:
At this rate, I was actually asking
myself… am I really making the right decision? Will it worth it? *garu –
garu double chin*
Jam 11.50 pagi,
Tiba di Kem Duit. Dunno why they named it as Kem Duit but most probably cuz there’s like a few
bucks of RM 1 notes hanged on one of the trees there. But there’s possibility
of maybe that money was hanged there first before the decided to name it
Kem Duit. Or maybe yadayadayada..dah
kenapa sibuk nak mengkaji sejarah pulak dah.
Pic.38:
Tudiaa Kem Duit. Kami dah kira notes
dalam plastik yang tergantung tu. Ada RM 6. So,
kami suruh Budak Junior batalkan jerlaa niat nak songlap duit tu. Kalo RM 600
takpe jugak. Huuuu~
Pic.39A,
39B & 39C: Rest sekejap untuk
melepaskan batuk ditangga lelah. Ingat dah sampai separuh perjalanan,
rupanya baru suku perjalanan daa~ #katanyalagisejengkalsampai
Rest for about 15 mins then continued the journey.
Next checkpoint →
water checkpoint.
P/s:
Ai is tazzzabar pasal bladder dah nak meletup. Dang!
Jam 1.05 petang,
Tiba di water checkpoint yang dinanti -
nantikan.
Punca air dia besar
laa sikit dari yang kat Kem 7E tu. Adalaa anak sungai sikit, tapi yang pasti
rasa air dia fresh gila weh! Pulak tu
dibancuh pulak dengan sepeket ExtraJoss, perghh rasa seperti boleh berdesup lari
ke puncak. Okey ini ayat advertisement.
Anyway, masing – masing memenuhkan botol / camel bag untuk keperluan sepanjang
perjalanan ke puncak nanti. Tak lupa juga menyinggah ke ‘Petronas’ untuk
menyahut seruan nature calls. Fuhhh
lega oiii.
Settle semua urusan yang patut, kami meneruskan
perjalanan ke puncak yang masih jauh nun di sanooo~
Jam 3.15 petang,
Alhamdulillah!
Puncak GTB berjaya
kami tawan!
Syahdu wehhh. Nyaris
nak berputus asa, nak berpatah hati balik tadi. Serius mental koyak
siak. Rabak habis. But we just made it to
the end! Kudos!
Meskipun lewat sejam
dari masa yang dijangka, kami masih memberi ruang untuk masing – masing menarik
nafas lega dan melepaskan lelah. Periuk dan kendi dikeluarkan untuk memasak air
panas. Suasana di puncak sunyi tanpa ada pendaki lain melainkan kami 10 orang.
Masing – masing duduk berteleku sambil memeluk diri sendiri. Sejuk dia sampai
ke tulang itam uiii. Cuaca masih hujan renyai diselangi angin yang bertiup
sepoi – sepoi bahasa urdu.
Dalam menggigil
kesejukan tu, sempat kami menjamah nasi kepit impit + serunding daging.
Buat masa ni, juadah inilah juadah terulung di abad ini. Lapar weh.
Pic.40A,
40B & 40C: OK, inilah dia 10 awesome
peeps yang berjaya menawan puncak GTB! Anyway,
as per mention... achievement ni untuk semua jugak. One for all, all for one... remember? *winks*
Pic.41:
Kelihatan Budak Junior tersenyum paksa apabila Fira-un mem-photobomb gambar dia.
Pic.42:
Memang tak sangka walau mengesot sekalipun, Fira-un dan Fara-tott dapat juga
menjejak ke puncak. Syahdu siaaaa~
Pic.43A
& 43B: Bukan senang nak tawan GTB ni. So,
kami cuba snap photo ala - ala cover album rock zaman 90-an. On tak on?
Permandangan dari atas
puncak GTB tidak begitu kelihatan mungkin sebab kedudukan puncak agak tertutup
oleh pokok – pokok, mungkin juga kerana cuaca yang kurang cantik. Tapi memang
tak dinafikan yang GTB ada aura dia yang tersendiri. Seperti berada di mossy forest (Gunung Irau, CH), malah
jauh lebih cantik dari mossy forest.
Maybe sebab GTB masih belum jadi ‘shopping
mall’ seperti mossy forest. Pokok
– pokok yang masih dilitupi lumut tebal, dahan dan akar – akar yang still bebas menjalar… Subhanallah.
P/s: Ai teringat tadi ai tertanya soalan pada diri
sendiri before ai chose to hike GTB. Shouldn’t have questioned that ‘cause actually ai already knew the answer. The best view
comes after the hardest climb, right?
Jam 4.05 petang,
Tidak tahan dengan
suhu yang semakin sejuk, kami mengambil keputusan untuk turun dari puncak.
Lagipun perjalanan pulang yang masih jauh membuatkan kami tidak menghabiskan
masa yang lama di puncak GTB.
Perjalanan turun
dimulakan dengan berhati – hati kerana cuaca hujan sebentar tadi membuatkan
trek turun agak licin.
Details perjalanan turun tak berapa nak ingat sangat
kerana cuaca yang sejuk dan tahap mental yang sudah koyak. Rabak. Cuma kami ada
berhenti sebentar di water checkpoint
untuk memenuhkan kembali bekalan air sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Kem
Duit.
Lebih kurang jam 7.00
malam, kami melewati Kem Duit dan perjalanan masih diteruskan kerana perjalanan
ke zon selamat (GLE) masih lagi jauh. Pada masa ini, semua pendaki mulai
bergerak dalam kumpulan dan tidak berpecah – pecah kerana hari sudah semakin
gelap. Masing – masing mengeluarkan torchlight
dan bergerak dengan penuh hati – hati.
Perjalanan agak
perlahan kerana Fira-un dan Fara-tott sudah mula pewaii. Yana juga beberapa
kali muntah angin dan air mungkin perut sudah kosong minta di isi.
Jam 7.55 malam,
Kami tiba di puncak
GLW namun mengambil keputusan untuk terus menuju ke puncak GLE. Di sana nanti
akan berehat lama sikit memandangkan kami telah tiba di zon selamat.
Jam 8.05 malam,
Tiba di puncak GLE dan
berehat seketika. Namun cuaca yang semakin sejuk ditambah dengan angin yang
bertiup sepoi – sepoi tak paham bahasa membuatkan kami mengambil keputusan
untuk tidak berehat lama di situ dan meneruskan perjalanan ke Kem 7E.
Jam 8.15 malam,
Perjalanan turun ke
Kem 7E dimulakan. Kami masih bergerak dalam satu pasukan kerana hari sudah
semakin gelap dan risiko untuk tersesat agak tinggi jika kami berpecah – pecah.
Sesungguhnya
perjalanan ke Kem 7E terasa begitu jauh. Masing – masing sudah kelaparan dan
keletihan.
Perjalanan agak sunyi.
Kami hanya mampu mengheret kaki dengan tabah dan kesabaran.
Jam 10.20 malam,
Alhamdulillah!
Tiba di Kem 7E dengan penuh
bergaya $%^&*#$.
Semerbak bau gulai
daging salai menyapu – nyapu hidung kami. We
go straight no belok – belok ke arah Abang Lan. Dia yang kelihatan bahagia
menjadi ‘pakcik kantin’ membantu menyedok nasi dan lauk ke pinggan kami. Papa
Chip pula membantu mengagihkan air kopi panas. Menu makan malam yang superb; nasi
putih, gulai daging salai, sayur goreng, ikan masin.
Usai melahap, masing –
masing mula turun ke punca air untuk mandi dan menyalin pakaian. Kesejukan kian
terasa. Jam menunjukkan sudah pukul 11.30 malam.
P/s:
Dengan langkah yang tersenggut – senggut ibarat motor cabuk, ai dan Fara-tott
melangkah turun ke bawah. Sedang syok kami mandi dan membawang, kedengaran
suara Aeh dan Budi yang mahu turun untuk mandi dan ‘melabur saham’. Cisss hanat
beteii, mati – mati ai ingat dah tak ada orang yang nak turun ke bawah ni.
Yelahh, dah jam 12 tengah malam kot. Rhopernye ada lagi 2 ketuii makhluk Tuhan
yang tak berapa nak seksi ni sibuk nak memerut pulak. Anyway, tak banyak dapat ai describe
kan mengenai perjalanan turun ke Kem 7E sebab laluan mana yang kami naik
sewaktu pergi, laluan yang sama juga kami lalui semasa turun. Plus, banyak memori pahitlah semasa
turun ke Kem 7E. Tatett kaki, tatett tangan, tatett hati, tatett jiwa.. semua
tatett lah (T^T) But if you got a good
team on your back, the pain will be lesser. Guess haven’t found them yet. I
mean some are good. The rest urmm.. should try be a better human someday. #youknowwhoyouare #termengadunasibpulak
“You
need special shoes for hiking.. and a bit of a special soul as well.” – Emme Woodhull
02.09.18 (Ahad)
Jam 8.00 pagi,
Sekali lagi godaan syaitannirojim pagi ni bukan
gurauan. Allahu.
Kami semua sibuk settlekan
ADL masing - masing. Sementara tu Kak
Aida and the gang pula selesai
menyediakan menu breakfast kami; nasi
lemak + sambal bilis Mama Chef + telur rebus.
Pic.44:
Yana yang sedang 'berguru' dengan Tok Busu tentang cara - cara memasak nasi
lomak dalam periuk terbalik. Kat umah korang jangan buat perangai lagu ni.
Mampuih kena pekong dengan penyapu oleh mak korang! Huhu.
Pic.45:
Kelihatan 'Pakcik Kantin' begitu busy.
Jualan nasi lomak laku keras pagi ni.
Pic.46A
& 46B: Sesi mentekedarah breakfast
sebelum masing - masing busy packing
barang - barang. Top-up energy
katanya.
Settle
breakfast, kami mula mengemas haversack masing – masing. Memang plan
untuk bergerak lewat sikit hari ini memandangkan banyak yang perlu dikemas dan
dibersihkan sebelum kami meninggalkan tapak campsite
Kem 7E. Mana – mana sampah yang boleh dibakar, kami bakar sampai tinggal abu.
Mana – mana sampah besar / yang takleh bakar, kami pungut bawak keluar. Yelah,
kau dah datang tempat orang bersih – bersih… mesti nak tinggal pun bersih –
bersih ye dak?
Pic.47A,
47B, 47C, 47D & 47E: Sesi clearing
campsite. Kami taknak jadi sampah masyarakat. So, kami clear kan semua
sampah - sampah yang kami bawa. Huhu.
Pic.48:
Pose ala - ala hipstur sangat dari kami,
team Anak Pungutss.
Pic.49:
Pose dak - dak raver ni. BBNU. Team boboys
katanya.
Pic.50:
Tu Aeh si kaki mengampu. Jika terjumpa di tepi jalan mohon sepak dia beramai -
ramai. OK. Kidding.
Pic.51:
Taknak ketinggalan team Anak Pungutss
pun nak selit jugak dengan Papa Chip. #anakpapa
Pic.52A, 52B & 52C: So, inilah the whole team yang tinggal minus team KL dan En. Mail.
Jam 10.00 pagi,
Usai sesi bergambor dan bacaan doa, perjalanan turun
ke Kem Lubuk Hantu dimulakan.
Pic.53A,
53B & 53C: Sesi taklimat ringkas oleh Papa Chip dan bacaan doa oleh Tok
Busu sebelum memulakan perjalanan turun ke Kem Lubuk Hantu.
Pic.54:
Yes, sekali lagi Budak Junior terpaksa redha dengan kehadiran Fira-un yang tak
sudah - sudah mem-photobomb gambar
dia. Kalau cantek macam Fazura takpe jugak. APTB.
Fira-un dan Fara-tott mengambil keputusan untuk
berjalan di belakang memandangkan kondisi kaki masing – masing yang sudah
ibarat retak menanti belah. Huuu~
Turut menemani kami mengesot dibelakang ialah Papa
Chip, Budak Junior, Lelaki itu dan Perempuan itu. Terharu siak bila Papa Chip
tak tinggal anak – anak pungutss dia. Sobss. Dan terharu jugak bila Budak Junior
sudi menyiput bersama akak – akak senior yang
selalu membuli dia ni. Biasalaa kami buli – buli manja jer. Kan tu tanda
sayang. *winkwink*
Jam 1.45 petang,
Setelah hampir tercabut kepala lutut dan mengharung
segala onak duri kehidupan, kami yang mengesot dibelakang ni tiba jua di Kem
Lubuk Hantu.
Kelihatan beberapa orang pendaki lain sedang syok
mandi manda dan tak kurang juga ada yang sibuk menjamah lunch yang disediakan oleh Jebat, Cho dan En. Mail.
Pic.55:
Dijamu selera oleh Cho, Jebat dan En. Mail di Kem Lubuk Hantu.
P/s: Ai mencari port jauh sikit dari diorang semua pasai
ai nak selak seluar. Tak tahan uii. Betis dah menggigil sakan. Dengan rakus ai
sapu cream Counterpain. Seriously this shit is working! Memang
lepas sapu cream tu kau rasa macam panas
– panas, macam dia ramas – ramas muscle
kau. Tapi jangan kau gatal pi urut – urut pulak kat affected area tu. Sapu jer cream
tu pastu bior je. Nanti dia massage and
soothing kau punya muscle. Literally. Memang lepas tu jalan dah
kurang laa sikit mengesotnya. Hiks!
Ohh..Perskindol pun
okay. Tapi untuk effect masa panjang
sikit, Counterpain pun not bad juga. Thumbs
up.
Okay. Done
dengan advertisement. Lols.
Jam 2.40 petang,
Meneruskan perjalanan pulang ke LRA.
Sesekali kedengaran bunyi guruh di langit. Mungkin
boleh salahkan si Fira-un yang semangat menyanyi tadi. Dasar tak sedar diri
suara tu bak Sajat tercekik tulang ikan katak panggil hujan lagi ada
hati nak nyanyi. Semoga kami selamat sampai di LRA sebelum hujan turun.
Jam 5.20 petang,
Alhamdulillah.
Akhirnya tiba di sempadan hutan. Longlai rasa kaki
memijak jalan tar di LRA. Sebak weh. Baru nak fefeeling syahdu, hujan pulak turun dengan lebatnya. Mungkin langit
turut terasa syahdu bersama kami. Mencicit laa kami berlari masuk dalam
kenderaan masing – masing. Dalam kegawatan ekonomi berlari – lari tu,
tak sempat kami nak mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain.
Nasib Papa Chip mengambil keputusan untuk singgah di
Masjid Jamek Ulu Behrang untuk mandi, salin pakaian dan solat. So, kami team anak pungutss pun join
sekaki lah. Takkan nak balik KL busuk – busuk. Muka bior tak cantek, bau mesti
wangi. Gituh. Lols.
Team Maran tak dapat join sebab diorang dah termasuk ke highway dan leceh untuk berpatah balik ke sini.
So,
settle mandi dan dah wangi –
wangi, kami menyelesaikan beberapa urusan pemulangan barang dan pembayaran guides. Dah alang – alang tu, kami ajak guides makan malam sekali. You knowww. Token of gratitude gitu.
Pic.56:
Last shot sebelum makanan tiba. Perut
punye berkeroncong bukan untuk ana lagi. Keroncong tahap heavy metal punya!
Pic.57:
We're going home to where we don't belong
to. Hmm.. life must go on peeps. Life must go on. *sigh*
Then,
guess this is the part where everyone hates it.
Kami mengucapkan selamat tinggal dan bertolak pulang ke tempat masing – masing.
Okey,
tahniah untuk semua yang terlibat! *claps*
Tahniah
kepada semua line-up di atas
kejayaan:
- Menawan puncak GLE – GLW
- Menawan puncak GTB
- Berjaya sampai di Kem Lubuk Hantu
- Berjaya membantu sesama rakan – rakan di dalam kesusahan
- Selamat pergi dan selamat kembali juga
Kudos to all.
“It is not the mountain we
conquer but ourselves.”
– Sir Edmund Hillary.
Bak
kata Papa Chip,"Kejayaan sesebuah
pendakian itu bukan sekadar menakluki puncak, tetapi pendakian yang berjaya
ialah apabila kita SEMUA selamat pergi, menawan puncak, pulang dengan selamat
dan dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa tanpa MC!"
Yeaaaahuuu~
P/s: Terima
kasih untuk semua team members yang rasa
dia tu supportive and awesome. You know who you are. Ai is happy. Ai ada story yang ai boleh share
dengan anak cucu bila dah tua nanti. Ai will
be proud and annoyingly annoys my grandkids dengan statement, dolu- dolu Grandmomy
ni ohsem orangnya. Engkorang sibuk
ber-PUBG jer, Grandmomy siap
bertomoi dengan tebuan dalam hutan. Kau hado? Blekkk.. :P
So long and see chuolls
in
NEXT PROJECT.
*hugs*
Adios
:)



























































































No comments:
Post a Comment