Line up:
13 orang
Team Guide(s):
En. Syahriman (Abang Man), En. Ayob
(Yob), Cik Kila (Kila)
Team KL:
Farahin (Fara-tott), Zafirah (Fira-un), Nazim (Ajim)
Team Kuantan:
En. Musa (Papa Chip), Pn. Zaiton (Mama Chef), En. Rodzuan (Abg One), En. Rauf (Tok Busu), En. Zahari (Pok We), Hakimi (Kimi Kimu), Asyraf (Budak
Junior)
Catatan oleh:
Papa Chip
Olahan semula:
Fira-un
15.02.18 (Khamis)
Team KL
Jam
7.00pm,
Acah-
acahnya nak bertolak keluar dari KL jam 6.00pm. Hmpphhh...dok toktektoktek
ambik itu, ambik ini, kejap lupa itu kejap tertinggal ini...last-last jam 7.00pm baru bertolak menuju ke Lata
Lembik Recreational Park, Pos Buntu, Raub (LLRP),
menggunakan highway LPT1 exit di
Bentong Barat.
Dah
laa bertolak lambat, kebuloq perut pulak. Hmmpp... menyinggah laa makan kepci
sebentar di Petronas Bentong.
Jam
11.30pm,
Alhamdulillah...selamat
tiba di LLRP. Lapor diri pada guide,
Abang Man yang setia menanti kehadiran kami makhluk- makhluk Tuhan yang paling
seksi ni.
Berehat
dan menunggu team Kuantan tiba di
LLRP.
Pic.1
Pic.1: Suka sangat tu. Kau tengoklah nasib kau nak mendaki besok. Mih mih mihunnn..
Team Kuantan
Jam
9.30pm,
Berlepas
dari Kuantan menuju ke LLRP, Pos Buntu, Raub. Berkonvoi 2 buah kereta.
Pic.2
Jam
1.00am,
Tiba
di LLRP dan turut serta tidur berjemaah di surau bersama- sama team KL.
16.02.18 (Jumaat)
Jam
6.30am,
Solat
Subuh, re-packing haversack dan
bersarapan.
Menu:
Roti canai + kopi ‘O’
Pic.3
Pic.4
Pic.3&4: Wajah-wajah bahagia sebelum mengenal apa itu erti penyesalan :D
Jam
8.45am,
Bertolak
dari LLRP menuju ke sempadan hutan Gunung Lebah Timur (GLT) dgn 4WD. Terpaksa
berulang alik 2 trips sebab 4WD hanya
ada ada satu.
Jam
11.00am,
Berkumpul
di Pondok Ladang Tok Batin / sempadan hutan GLT.
Pic.5
Pic.6
Pic. 5&6: View sekitar Pondok Ladang Tok Batin / sempadan hutan GLT
Jam
11.15am,
Bermulanya
pendakian di trail hutan. Fuhh.. dia punya 'welcoming'
boleh tahan mencanak oiii. Sikit lagi roti canai pagi tadi nak terkeluaq
balik seketui seketui.
P/s: Ai semput
mak. Ai tak mampu lagi nak meneruskan liku- liku kehidupan ini~
Pic.7
Pic.8
Pic.7&8: Take 5 seketika. Belum pape dah kasi
bukit 'Assalamualaikum' oiii~
Jam
4.00pm,
Tiba
di water checkpoint yang terakhir.
Seperti yang dimaklumkan oleh Abang Man, untuk pulang nanti kami akan melalui trail yang berlainan. Jadi di sini kami
perlu mengambil bekalan air untuk 2 hari. Masing-masing dikehendaki memenuhkan
botol air untuk kegunaan memasak / minum / nature
calls.
P/s: Ai punyalah
eksaited dengar ada water checkpoint.
Dalam fikiran dah terbayang- bayang nak celup-celup kaki, menyahut seruan nature calls. Pulak tu, untuk sampai ke water checkpoint... kami kena menuruni
lereng bukit yang curam dan licin. Sampai kasut ai tertusuk duri lagi! Tatettt
tau (T^T)
Sekali bila
sampai kat bawah tu, dapat anak sungai jer daa. Pffttt. Hmmm... ai cuba
bertabah.
Pic.9
Pic.10
Pic.11
Pic.12
Pic.9: Muka
Fara-tott tak dapat terima kenyataan. Punyalah ingat water checkpoint dia ada air terjun tak pun sungai besar... sekali
anak sungai jer daa. Inilah yang dinamakan indah khabar dari rupa. Kuikuikui.
Pic.10 &
11: Menadah & mencedok air dengan penuh berhati- hati untuk mendapatkan air
yang bersih tanpa keladak semaksima boleh.
Pic.12: Merenung trek yang akan ditempuhi sebentar lagi dengan membawa botol-botol air yang telah penuh diisi air. Merangkak macam Ju-on laa weii~
Jam
5.30pm,
Tiba
di satu permatang yang agak luas. Menurut Yob, campsite yang sepatutnya kami target
masih lagi jauh. Kami terpaksa mendaki lebih kurang 2 buah bukit tinggi lagi.
Memandangkan ada rakan sepasukan yang masih lagi dalam fasa 'culture shock', kami semua mengambil
keputusan untuk bermalam di permatang itu dan menamakan nya Kem Satu.
Maka
bermulalah sesi tebas menebas, ikat mengikat, bakor membakor dsb. Memandangkan
hari masih siang, masing- masing sibuk clear
kan kawasan campsite secantik yang
boleh. Campsite dah settle. Siap pakej dengan campfire sekali. Sesi masak memasak
pula bermula dengan diketuai oleh Mama Chef dan asisstants yang chooomellss macam minions.
Menu
makan malam; nasi putih, ayam goreng, ikan masin, sambal kentang, sayur kobis
masak lomak + kopi 'O'
Pic.13
Pic.14
Pic.15
Pic.16
Pic.12,13&14: Masing- masing bekerjasama bagaikan Wonderpets untuk menyiapkan
campsite. Apa yang penting? Kerjasama!~
Pic.15&16: Muka-muka bahagia memandangkan dapat tempat landing yang baaaaaaiiiikkkk
punye!
P/s: Ai dah
tidur kejung malam tu. Bak kata omputih,'Sleep
like a log' gituwww. Jadi takdelah nampak atau rasa apa-apa yang pelik masa
di Kem Satu tu. Tapi Papa Chip, Tok Busu dan Pok We kata ada 'sesuatu' yang
datang melawat kawasan. Hahaha. Okay, ini journal xpdc...bukan skrip misteri
nusantara. Biasalah tu datang 'tempat orang'. Asal betulkan niat kita, In shaa
Allah tak ada apa-apa #bukanustazah #peace
17.02.18 (Sabtu)
Jam
6.50am,
Terlewat
bangun dari waktu yang dijangkakan. Maklumlah dapat tempat landing baaaaaiiikkk punya. Malas dia nak keluar dari sleeping bag tu tahap super saiyan lah wa cakap sama lu. Namun
tugas harian Mama Chef and assistants
masih berjalan seperti biasa. Sarapan pagi tetap disediakan meskipun mata ni
dok menjeling- menjeling ku bertentang dengan sleeping bag. Aiseyy~
Menu
sarapan; nasi lomak teloq + teh 'O'
Pic.17
Pic.18
Pic.17: 'Acik-acik kantin' mulakan bisnes nasi lomak teloq di pagi hari :D
Pic.18: Sibuk re-packing haversack sebelum memulakan perjalanan.
Jam
9.15am,
Usai
mengemas campsite dan re-packing barang- barang, kami bersiap
sedia untuk meneruskan semula pendakian menuju ke checkpoint Simpang Permatang.
Jam
10.00am,
Pendakian
semakin mencabar untuk sampai ke checkpoint
Simpang Permatang. Ditambah lagi Kimi Kimu, Budak Junior dan Papa Chip terpaksa
bergilir- gilir membawa beg Mama Chef. Maklumlah Mama Chef sudah mula
menunjukkan signs & symptoms
hypoglycemia; Mama Chef ialah seorang pesakit Diabetes(TID Insulin) ye para hadirin sekalian.
Jam10.30am,
Tiba
di checkpoint Simpang Permatang. Take 10. Packing barang- barang yang
penting sahaja untuk dibawa ke puncak dengan
backpack. Perjalanan ke puncak dijangka mengambil masa 1-2 jam.
Jam
10.45am,
Meneruskan
pendakian ke puncak dengan hanya membawa backpack
kecil yang diisi keperluan penting sahaja.
Pic.19
Pic.19: Trail ke puncak semakin mencanak dan
kelihatannya seperti Budak Junior cuba membuat tarian kuda kepang untuk
menghiburkan kami yang dalam perjalanan yang mencabar ini. Okay. Kidding.
Jam
11.40am,
Mama
Chef agak pewai sedikit. Signs &
symptoms hypoglycemia mula kelihatan lagi. Situasi mulai cemas. Masing-
masing kelihatan tegang dan peluh jantan mulai keluar. Eh, kau ingat ni
skrip drama thriller?!
Pada
waktu sebegini, mental support
amatlah diperlukan. Nasib baik team
semua supportive. Wa cayalah sama lu
olang!
Jam
12.30pm,
Akhirnya,
kami semua berjaya menawan puncak Gunung
Lebah Timur (1510m)!!!
Apa
lagi, sesi fotografi lah. Masing- masing posing
kalah pengantin oiii. Tapi tak sampai 15 minit melepaskan lelah di puncak,
hujan pulak turun dengan lebatnya :(
Pic.20
Pic.21
Pic.22
Pic.23
Pic.24
Pic.25
Pic.26
Pic.27
Pic.28
Pic.29
Pic.30
Pic.20:
Saat-saat sebelum hujan turun. Cuaca cantek, gambar pun clear jer. Sampaikan pores-
pores besar kat muka Fara-tott pun kau boleh nampak! Hiks!
Pic.21:
Yezzaaa...we hike, we conquer, and we
preserved! Tahniah semua :) Credit to
Pok We selaku jurugambar tak bertauliah, tapi gambar tetap chantekkkk! Thumbs up!
Pic.22: Okay,
gambar suwitttt muwittt tahap potong kaki punya! Inilah Papa Chip dan Mama Chef
kami <3 Otaiii gunung kot depa berdua ni. Legend gituwww.
Pic.23:
Inilah Yob, one of our abam guide. Ai paham dia guide. Kena duduk depan untuk tunjukkan arah. Tapi kelajuan si Yob
ni boleh tahan berdesup macam angin. Beberapa kali jugaklah kami hilang arah.
Haihhh Yob, Yob. Sekali lagi ai cuba bertabah.
Pic.24: Okay,
ni Budak Junior kitorang. Rajin budaknya. Dengar cakap dan jarang nak melawan
pasal dia sedar diri yang dia tu baru Darjah 3, kitorang dah Darjah 5. Hiks!
Pic.25:
Yeabaaa...nilah miss guide-in-training kitorang
yang sempoi. Sudi jer dia melayan perangai masuk air kitorang ni. For info, ni 1st time dia join trip hiking
yang kena bawak beg besar- besar gabak, bermalam dalam hutan. Cayalah!
Pic.26: Yaaa
tudia abam sado tapi tak berapa nak sado, Abang One. Juga merangkap
photographer tak berapa bertauliah tapi hasilnye ohsem jugak! Kuikuikui!
Pic.27:
Yeahuuu... team KL in the house! Mohon abaikan tudung
selebet masing- masing pasal masa ni kami bersilat dalam hujan. Ajim pulak tak
pakai tudung tapi muka dia memang selebet sejak azali. Mohon jangan kecam dia
okay. Sekian.
Pic.28:
Amboiiii tudia Mama Chef. Hypo tak hypo, bila bab berposing... amek kau, Mama Dugong in the house!
Pic.29:
Ececece...tudia Pok We. Dalam diam- diam posing
seposen kat pokok. Siap silang kaki tu. Kau hado?!
Pic.30: Dan
tak lupa juga Milo Cube yang banyak berjasa dalam memberi sumber tenaga kepada
kami. Cheeewah. Ayat mintak sponsor Milo Cube lewwteww. Apa-apa pun, bekalkan
*dumdum* tenaga *dumdumdum* bekalkan *dumdum* tenaga!
Jam
1.15pm,
Cuaca
masih mencemburui kitorang. Akhirnya setelah puas bersilat gayung dengan hujan
di puncak, kami bergerak turun juga dari puncak menuju ke checkpoint Simpang Permatang. Tak tahan sejukkk oiiii bakhang!
Pic.31
Pic.32
Pic.31: One of last shots before chiowww dari
puncak GLT. Ada unsur- unsur renjisan air hujan ye di situ.
Pic.32:
Senyuman bahagia sebelum masing- masing terketaq-ketaq turun. Sejuk dia lain
macam oiii. Sampai ke tulang wa cakap sama lu. Sikit lagi nak kena frostbite *exaggerating*
Jam
3.10pm,
Tiba
di checkpoint Simpang Permatang. Take 5 and have a bite of Milo Cube!
Lagi ayat mintak sponsorrrr. Lols!
Jam
3.15,
Bergerak
meneruskan perjalanan turun dari checkpoint
Simpang Permatang menuju ke Kem Dua.
Yob
dan Abang Man awal- awal memaklumkan bahawa trek yang bakal ditempuhi agak
curam dan licin. So, kami di minta
berhati- hati dan menjaga langkah masing- masing.
Pic.33
Pic.33: Hanya
ini yang dapat dirakamkan kerana perjalanan seterusnya selepas ini trek terlalu
curam, licin dan penuh dengan duri rotan dan pokok buluh.
Jam
8.15pm,
Akhirnya
tiba di tapak perkhemahan Kem Dua dan bermalam.
P/s: Haaa.. kau
nampak tu. Punyalah dasat trek kitorang, sampai tetiba jer catatan dari jam
3.15pm melompat ke jam 8.15pm. Sumpah hanat beteiii trek turun kali ni. Semput
mak nak. Pulak tu, dah lama tak overtime
gini. Aiseh. Menambahkan lagi kehanatannya tahap *&^%$#@, ai siap tergolek,
tertonggeng, ter-sliding, tercocok
duri, terguris hatinya lalu terharu sudah. Tu belum termasuk kena sebat dengan reranting pokok, kena tampar dengan daun-daun lagi. Eh, papa pun tak pernah tampar ai tau. Wuuu uuu uuuu~ Penangan GLT oiiii!
Don't worry, overtime
macam mana pun.. tergolek tonggeng macam mana pun.. kami masih tak lupa
tanggungjawab masing- masing. Sampai jer di Kem Dua, kaum lelaki sibuk
mendirikan rumah tangga..opps. Mendirikan tapak khemah. Kami pula kaum gegirls seperti biasa diketuai oleh Mama
Chef, sibuk bersilat dengan dapur demi menyiapkan dinner yang superb tahap
hotel 5 stars.
Menu;
nasi putih, daging salai masak kari, sayur kacang sambal ikan bilis, ikan
masin, telur masin, kopi 'O' kawwwwwww hakkktuiii punye!
P/s: Malam tu ai
dengan Fara-tott mandi lewat sikit pasal kami kasi settle dinner semua dulu. Kami dah usya-usya, Abang Man kata ada port air terjun baikkkk punya kat depan
sikit dari kem kami bermalam tu. So,
awal- awal lagi ai dan Fara-tott dah target
nak terjun tiruk kat situ. Tapi pasal hari pun dah lewat malam, air pun sejuk
semacam jer, kami batalkan laa niat nak terjun tiruk tu. Turun rendam kaki,
selam badan 2-3 selam pastu terus naik! Sejuk ketaq-ketaq oiii semedang laa
mandi pukul 12 tengah malam! Kau pikir kau puteri bunian ke?
18.02.18 (Ahad)
Jam
7.00am,
Seperti
biasa walaupun overtime semalam, Mama
Chef masih gigih menyediakan sarapan pagi sambil dibantu oleh assistants minion nya.
Menu;
nasi putih, telur dadar, sup sayur soohoon, tea 'O' panas
Jam
10.00am,
Selesai
mengemas dan bersedia untuk meneruskan perjalanan turun ke checkpoint seterusnya.
P/s: 80% antara
kitorang masih belum mandi...tak tun tuang tak tun tuang, tapi masih cantik
juga...tak tun tuang tak tuang, apalagi kalau sudah mandi...tak tun tuang,
pasti cantik sekali~ Lols! Maklumlah
Abang Man kata checkpoint seterusnya
ada air terjun yang cantik dan best :)
Pic.34
Pic.35
Pic.36
Pic.37
Pic.38
Pic.39
Pic.34&35:
Menyediakan breakfast sepantas kilat sambil re-packing
barang- barang. Mood mengemas kelaut
sikit pasai belum mandi pagi. Aiseyyy~
Pic.36: Sesi
bergambar sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Lata Chelir. Muka masing-masing
perghh..takde rasa bersalah lansung sebab tak mandi pagi. Lols!
Pic.37:
Erm...tu muka ke kuali masak gulai kawah? Muka jer dah penuh gambar. Dasar
dugong beteiii :P
Pic.38: Before we saying goodbye to Kem Dua
#teamsilangkaki
Pic.39: One of the shot masa otw turun tu. Did you see that big trunk? Guess what...tu pokok sarsi hutan okay!
Masa takik-takik batang pokok tu buat tapak untuk pijak, semerbak bau dia. Ni
kalau mampu angkut satu balak ni, mahunya stok untuk 3 taun! Lols. Question is, sapa pulak nak
angkutnye oiii? So, ambil sikit
jerlaa untuk minum sendiri :)
Jam
10.35am,
Tiba
di Air Terjun di Kolam 6. Singgah bergambar sebentar sebelum meneruskan lagi
perjalanan ke Kolam 5 untuk berhenti rehat/mandi manda.
Pic.40
Pic.40:
A few shots at Air Terjun Kolam 6. Menggoda bakhang air dia. Dah laa belum
mandi tak tun tuang, tak tun tuang ni~
Jam
10.45am,
Alhamdulillah,
tiba di Air Terjun Kolam 5 Lata Chelir. Fuhhh... terjelir nak boleh sampai ke
sini. Berhenti rehat dan happy hour
mandi manda di air terjun. Sesi minum kopi 'O' kawwww haktuiii + 'rempah
gunung'. Sejuk ketaq mandi pastu pekena kopi 'O' panas...pergh nikmat dunia :)
Pic.41
Pic.42
Pic.43
Pic.44
Pic.41:
Nampak muka berseri lepas dah mandi? Muka ada sinyummmm~
Pic.42:
Tak kira tua atau muda, otaiii mahupun nubis tubis teletubies...bila dapat air,
semua jadi kanak- kanak riang ribena. Misteri yang even science can't even explained. Lols!
Pic.43: Awww this dua ketul makhluk Tuhan yang
(perasan) shomellls :3
Pic.44:
Tudiaaa..bila Tok Busu dah geram sangat asyik dok kena nyonyot dek pacat, terus
dia cincangnya menda alah tu. Lumat kau! Masak sambal pon sodap, bak kata Tok
Busu :D
Jam
12.15pm,
Mandi
sudah, rehat sudah, pekena kopi 'O' kawww pun sudah. So, tibalah masa untuk meneruskan lagi perjalanan keluar ke campsite di LLRP via trek balak lama. Tadi suka ria mandi manda kan, dah wangi wangi
kan? Haaa...sekarang the real adventure
begins. Bak kata Abang Man, kita akan melalui trek balak lama ni
saaaaaaaaaaaampai bosan. Tak cukup dengan itu, nak lagi aksi dan thriller? Okay, sepanjang laluan trek
balak yang boooooooooosan ni, penuh dengan pacat. Pacat besar, pacat kecik, mak
pacat, bapak pacak, atuk nenek baby
pacat... semua adalah. Tak boleh stop
untuk buang- buang pacat tu. Ibaratnya kau buang yang kat depan, kat belakang
panjang naik. Kau buang yang kat belakang, yang atas pulak naik. Senang citer,
kau jalanlah tanpa henti~
P/s: Yang dalam
kasut ai pulak toksah sembanglah. Ai rasa kalau pacat tu boleh bersuara mesti
ia dah bertaubat. Mesti ia menyesal masuk dalam kasut ai yang dahlah basah,
stokin lembab, bau kepam, dah tu kena lenyek golek-golek lagi. Silap- silap
lagi lunyai dari pacat yang dilunyaikan oleh Tok Busu!
Pic.45
Pic.45:
Bersiap siaga 'pacak' kaki! Muka ada sinyummm lagi pasal tak kena attack dengan team pacat.
Jam
1.30pm,
Berhenti
untuk solat, rehat dan sesi 'menyiat' pacat untuk dibuat gulai. Lols!
Pic.46
Pic.47
Pic.48
Pic.49
Pic.46:
Berhenti rehat di anak sungai setelah penat bersilat pulut dengan pacat. Sesi
mencari dan mencabut pacat yang dah syok menyonyot kaki. Bukan setakat kaki,
perut, bahu, dahi pun hado! Dasat beteiii ini pacat. Ihatechiuuu~
Pic.47: Dah
puas clear kan pacat, kami river crossing dan trek selepas itu dah
semakin kurang pacat. Fuhhh...lega!
Pic.48&49:
Penampakkan kelegaan dan kebahagian di wajah masing- masing apabila sudah
melewati fasa trek berpacat.
Jam
4.20pm,
Berhenti
rehat di last river crossing.
Pic.50
Pic.50: Take 10 sebentar selepas river crossing yang terakhir.
Jam
4.30pm,
Meneruskan
pendakian ke 'bukit' kebun pisang yang terakhir.
Pic.51
Pic.51:
Laluan dicelah-celah kebun pisang orang asli. Nasib Abang Man yang bawak kami.
Kang tak memasal kena sumpit dengan orang asli kat buntut. Sia-sia hidup :P
Jam
5.00pm,
Alhamdulillah
tiba di penghujung off road. Selesai
sudah pendakian selama 3 hari 2 malam di GLT. Kami memandang puncak GLT dari
jauh. Terharu.
Selamat
tinggal GLT. Datang kami tak dijemput, pulang kami tak dihalau :)
Pic.52
Pic.53
P/s: Ai dah usulkan pada Abang Man supaya perbaiki jalan tar dan benarkan Uber / Grab mencari rezeki di sini. Lols! As if hari-hari ada pendaki keluar masuk GLT macam shopping mall. Hiks!
Pic.54
Pic.55
Pic.52:
Yesss...we did it! We ALL did it!
Satu untuk semua dan semua untuk satu :)
Pic.53:
Ingatkan dah selesai pendakian, rupanya masih ada 2km jalan tar yang perlu
diharungi.
Pic.54: Ohh
GLT...tengok dari jauh rindu, bile dekat rasa macam taubat dah aku! Lols!
Pic.55: Tudia
haa puncak GLT (banjaran paling belakang, kekelabuan tu). Nampak tak nampak?
Kalo tak nampak tandanye umur tak panjang :P
Jam
5.20pm,
Sempat
singgah melihat bunga pakma, tapi belum rezeki kami melihat ia kembang :(
Pic.56
Pic.56: Tudia
'kobis' bunga pakma/rafflesia. Based on
info by Abang Man, terdapat 4 jenis bunga pakma/rafflesia di Malaysia; (1) Kerrii, (2) Azlanii, (3) Cantleyi, (4)
Sharifah Habsah. Awww so sweet
nama jenis yang ke-4 tu. Don't ask me why
the name is like that. Kau datang LLRP pi tanye Abang Man sendiri. Btw, nasib Abang Man tunjukkan 'kobis'
bunga pakma/rafflesia ni siap-siap. Nyaris nak tersepak/terpijak oiii. Lols!
Jam
6.30pm,
Alhamdulillah,
semua selamat tiba di LLRP. Memandangkan hari esok (Isnin) masing- masing masih
off day, kami mengambil keputusan
untuk bermalam di LLRP. Plus, Abang
Man sudi untuk memasak dinner special
untuk kami. Ohohoho!
Jam
8.55pm,
Selesai
buat doa selamat, tahlil dan majlis kesyukuran. Apalagi, melahap time!
Pic.57
Pic.57:
Tengok kau...muka masing-masing yang tazzzzabar nak mencekik. Hiks!
Menu:
Nasi putih panas, sup ayam kampung marbellllesss, 2 tin sardine yang Kimi Kimu bawa dalam haversack dia selama 3 hari 2 malam, sambal kicap powerrr, ikan
masin goreng + kopi 'O' kawww haktuihh + teh 'O' hanya kaww dihatiku~
Okey,
tahniah untuk semua yang terlibat! *claps*
Bak
kata Papa Chip,"Kejayaan sesebuah
pendakian itu bukan sekadar menakluki puncak, tetapi pendakian yang berjaya
ialah apabila kita SEMUA selamat pergi, menawan puncak, pulang dengan selamat
dan dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa tanpa MC!"
Yeaaaahuuu~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan
khidmat masyarakat dari Papa Chip:
"Sekadar
coretan dan tatapan untuk dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang tidak
berkesempatan dan berkemampuan untuk mendaki gunung ini. Kesimpulannya, jika
tak digigit pacat, cekenit, lebah, agas dan nyamok...tak menggelongsor, jatuh
tergolek, disagat duri rotan, bergelumang dengan lumpur maka itu bukan namanya
mendaki Gunung Lebah Timur :)"
P/s: Terima
kasih untuk semua team members yang super supportive and awesome. Ai is happy. Ai ada story yang ai boleh share
dengan anak cucu bila dah tua nanti. Ai will
be proud and annoyingly annoys my grandkids dengan statement, dolu- dolu Grandmomy
ni ohsem orangnya. Engkorang slide-slide
tepon jer, Grandmomy slide-slide
selut dalam hutan. Kau hado? Blekkk.. :P
So long and see chuolls
in
NEXT PROJECT.
*hugs*
Adios
:)

































































