Line up:
30 orang (26 pendaki, 4 standby di camp site)
Watak Utama:
Team Guide - En. Musa (Papa Chip)
Sweeper
- Zafirah (Fira-un)
Si
Pewaii – Pn. Siti Zubaidah (Kak Samty)
Watak yang macam penting tapi
tak penting sangat pun: Farahin (Fara-tott), Asyraf (Budak Junior), Pn. Rokiah (Kak Roket), A’eh (Paparazzi)
POV:
Fira-un
21.04.18 (Sabtu)
Jam
5.30pm,
Seperti biasa, angan-angan si Fira-un dan
Fara-tott untuk bertolak keluar dari KL jam 3.00pm. Dan angan-angan pun tinggal
kenangan demi kenangan menjelma di ingaaaaataaannn~ Singgah sana sini, beli itu
ini…maka jam 5.30pm baru kami bertolak keluar bersama itam manis yang sentiasa
setia membawaaaa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti~
Hmphh..gitulah. Dahlaa super lembab punya
olang, lagi mahu nyanyi sini sana lagi. Ini olang haa tala gune munye olang
lah.
Jam 8.00pm,
Tiba di camp site Fraser Hill. Bernasib agak
baik sebab tak kena bebel dengan Papa Chip :D Bersalaman dan bertanya khabar
geng acik-acik bawang @ Kelab KiUB Kuantan. Hehehe. Lepas tu kami terus cari
makan. Ini dah bukan lapar..ini kebuloq pokemon tahap master ni. Nasib warga acik- acik bawang kat camp site dah siap masak. Ini untungnya join camping ngan acik- acik bawang ni. Diorang bawang bukan
sekadar bawang biasa. Diorang luar biasa. Bab masak…perghh mantop! Makan best, tido best!
Jam 10.00pm,
Taklimat
ringkas mengenai XPDC Gunung Gap - Ulu Tranum - Ulu Semangkuk (GUTUS) oleh Papa Chip. Sesi Q&A dan dessert time.
Ohh…before briefing, geng acik-acik
bawang ni ada buat surpraisss birthday
party sikit untuk kawan mereka tu. So, adalah kek sepotong sorang untuk dessert.
So, settle dengan dessert dan briefing maka beransurlah masing-masing untuk beradu di khemah / pondok yang disediakan.
Pic.1
Pic.1: Sesi briefing dan dessert-ing!So, settle dengan dessert dan briefing maka beransurlah masing-masing untuk beradu di khemah / pondok yang disediakan.
Ting ting
tang ting tara ting tingketing tang ting~ pastu ting ting tong pahceroh.
21.04.18 (Sabtu)
Jam 6.00am,
Terdengar
jeritan Mama Chef dan Papa Chip mengejutkan para pendaki yang gayanya enak
dibuai mimpi. Perghh ayat puitis puiiih kau!
Solat subuh.
Bersiap apa yang patut.
Jam 7.30am,
Tazzzabarrr untuk
sarapan nasi lemak ayam. Perghhh sambal bilis Mama Chef memang mantop. Ai is kenot move on you know.
“Lepas ni kau
nak harung trek mencanak oii!” *suara bisikan halus*
“Woii ada
trek lutut bertemu dagu. Lagi kau nak mentekedarah nasik lomak?!” *lagi bisikan
halus*
Hmpphh..persetankan
semua itu. Hiking is hiking. Nasi lemak
is one another thing.
Jam 8.00am,
Dah
kenyangkan, dah beronok-ronok mencekik nasi lemak tadi kan? Okay, sesi stretching bersama Dr. Zu pulak. Selesai
gelek sana gelek sini, tonggek terbalik pang pung pang, kini sesi bergambar
pula.
Pic.2
Pic.3
Pic.2 & 3: Muka-muka bahagia sebelum mengenal erti penyesalan. Cheewwahhh~ Lols!
Jam 8.20am,
Orait,
masing- masing masuk kereta dan mula bertolak ke kaki Gunung GUTUS.
Pic.4
Pic.4: Lagi muka-muka bahagia, munge munge gituww. Kau tahulaa nasib kau jap lagi. Mih mih mihunnn~
Jam 9.05am,
Dengan lafaz
Bismillah, kami memulakan pendakian ke puncak pertama; Gunung Gap. Telah di-warning oleh Papa Chip dalam briefing semalam bahawa trek ke puncak
Gap agak mencanak. Tapi perghh..geng acik-acik bawang ni bukan biasa-biasa. Dengan
penuh gaya mereka melangkah. Steady jak.
Wa cayalah sama lu olang!
Pic.5
Pic.5: Wajah-wajah kepenatan mulai terpancar. Watlek watpis, perjalanan masih jauhhhh~
Pic.6: Pak Din yang masih steady mengorak langkah. Guess his age 'cuz you're not gonna believe me if I tell you okay!
Pic.6: Pak Din yang masih steady mengorak langkah. Guess his age 'cuz you're not gonna believe me if I tell you okay!
50 minit
kemudian, kelihatannya salah seorang pendaki (Kak Samty) mulai menunjukkan sign & symptom pewaii. Kemon sista! Yukenduit!
Speed mendaki seorang lagi pendaki (Cikgu
Sue) juga mula menurun; 60-70km/jam namun masih ditahap terkawal. Huhu. Tidak
kejam seperti namanya, Fira-un si sweeper
masih setia menemani setiap langkah-langkah kecil pendaki-pendaki yang pewaii
ni. Sweet kan Fira-un ni? Awww..calon
menantu pilihan omma awak :D
Jam 11.00am,
Akhirnya,
pendaki terakhir bersama sweeper tiba
di puncak Gunung Gap (1183m). Yeahuuuu! Misi pertama
menawan puncak Gap terlaksana. No one is
left behind gituwww. Then as usual,
photo session!
Pic.7
Pic.8
Pic.9
Pic.10
Pic.11
Pic.12
Pic.7,8&9: Photo session dengan acik-acik dan ankel-ankel bawangsss :) Bukan bawang biasa, ini bawang luar biasa! Mantop, meletop top top tebaboom!
Pic.10: Adalah jugak sekeping dua bergambar dengan si ketot ni. Hiks! Lububiu muchumuchu~
Pic.11: Mohon anak-anak jangan tiru aksi lagak ninja Papa Chip ni. Inilah dia kecik-kecik dulu taknak panjat pokok, dah tua senja begini baru sibuk nak beraksi stunt bagai. Haih, kalau Mama Chef nampak ni dah lama kena piat telinga tu!
Pic.12: Inilah dia wajah pendaki yang dalam cubaan membuat comeback setelah hampir 16 tahun meninggalkan dunia hiking. Welcome 'home' back sisturrr!
Jam 11.15am,
Mula bertolak
menuju ke puncak kedua; Gunung Ulu Tranum. Dijangka mengambil masa sekitar 50
minit – 1 jam untuk tiba ke puncak Ulu Tranum. Namun pergerakkan Kak Samty agak
lambat berbanding peserta lain gara-gara lutut kedua-dua belah kakinya mula ‘mogok’.
Mahunya tak ‘mogok’, setelah 16 tahun tidak mendaki tetiba memilih Gunung GUTUS
untuk membuat comeback. Harunglah
labuuuu~
Pic.13
Pic.13: Jakun kejap dah lama tak nampak ulat gonggok giant ni :D
Jam 12.30pm,
Pendaki
terakhir bersama sweeper tiba dipuncak
Gunung Ulu Tranum. Yeayyy! *high five*
Pic.14
Pic.14: Wajah-wajah kemenangan walaupun tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak terakhir. But you guys have conquered 2 mountains! Should be proud okay.
Baru nak
melepaskan lelah, dapat pulak makluman yang sebahagian pendaki telah meneruskan
perjalanan ke puncak terakhir; Gunung Ulu
Semangkuk pada jam 12.15pm sebentar tadi. Kelihatan 4 orang pendaki yang
teragak-agak samada untuk meneruskan perjalanan ataupun tidak. Akhirnya setelah
dipujuk dan digoda oleh Fira-un, Pak Din dan ‘dayang-dayang’nya mengambil
keputusan untuk meneruskan perjalanan ke puncak Ulu Semangkuk. Sementara itu Cikgu
Sue dan Kak Samty memutuskan untuk pulang ke pangkal jalan dan tidak meneruskan
pendakian oleh kerana masalah kesihatan. Disebabkan Fira-un ni seorang sweeper yang bertanggungjawab dan
bergaya, maka di-escort lah dua ketui
makhluk Tuhan yang tak berapa nak seksi ni turun.
Pic.15
Pic.16
Pic.15: Jangan kuciwaa~ InshaAllah panjang umur kita eat.hike.repeat. Okay? *hugsss*
Pic.16: Sampai disini saja jodoh kita Gunung GUTUS. Ai rindu kat pokok bonsai seketuii yang kat puncak tu. Sokay, next time ai repeat lagi. InshaAllah :)
Cubaan untuk
memaklumkan kepada Papa Chip melalui walkie
talkie tidak berjaya kerana entah bagaimana frequency tersalah channel
pulak! Nak telefon, line pulak
malu-malu tenuk. Tenggelam timbul macam badak sumbu. Nak bagi isyarat guna asap
takut dituduh membakar hutan simpan pulak. Haih. Jadi Fira-un gunalah kaedah
telepati. Nasiblah nakkk~
Jam 12.35pm,
Pak Din dan ‘dayang-dayang’
(3 orang) meneruskan perjalanan ke puncak Ulu Semangkuk. Manakala sweeper membawa turun 2 orang pendaki
yang pewaii ke Gunung Gap. Mula turun
dari puncak Ulu Tranum pada jam 1.00pm.
To be honest, part bawa turun orang pewaii ni paling best sebenarnya. Selain menguji
kesabaran mental dan fizikal, kau berselisih dengan pendaki- pendaki lain yang
rata-ratanya sweet dan prihatin. Takdalah
hambar jer Kak Samty mengesot kat belakang tu. Siap ada sweeper team lain tolong temankan lagi, jadi kawan bersembang.
Nasib sweeper team lain tu kurang
ketinggian, sikit hari lagi si Fira-un tu nak ngorat dia. Oppss…
Jam 1.10pm,
Menurut Papa
Chip, Pak Din dan 'dayang-dayangsss' tiba di puncak Gunung Ulu Semangkuk (1394m). Kudos all!
Pic.17
Pic.18
Pic.19
Pic.20
Pic.21
Pic.22
Pic.17&18: Tahniah! Kudos to all; Kelab KiUB + anak-anak pungutsss Papa Chip & Mama Chef. You guys done great!
Pic.19: Antara anak-anak pungutss Papa Chip yang berjaya menawan puncak Gunung GUTUS! *claps*
Pic.20: Tudiaaa acik-acik bawang chantekk dan chomelss! Bergaya bersama pokok bonsai yang ai rinduiiii~
Pic.21: Seperti yang dijanjikan kepada Budak Junior, tataplah kompilasi gambar yang penuh bergaya bak model ikan masin. With love, from Budak Junior to all peeps~
Pic.22: Nanti Paparazzi seketui ni bising pulak pasal ai banyak letak koleksi gambar dari camera dia, tapi ai tak credit lansung kat dia. So, ambiklah. Tataplaa puas-puas engkorang semua. Sampai juling pun boleh. Lols!
Jam 2.00pm,
Pendaki-
pendaki yang selamat menawan puncak GUS mula turun.
Pic.23
Pic.24
Pic.23&24: Para pendaki mulai sibuk menuruni puncak Ulu Semangkuk. Cuaca kelihatan masih tenang dan cerah. Semoga langit tidak 'menangis' kerana trek bakal licin setelah dilanyak oleh hampir 100++ pendaki dari team lain.
Jam 3.35pm,
Sweeper
tiba di Gunung Gap bersama Kak Samty. Take
5. Sebahagian pendaki yang ingin pulang awal telah meneruskan perjalanan
turun ke kaki gunung.
Jam 3.45pm,
Meneruskan perjalanan
turun ke kaki gunung bersama Kak Samty. Kali ini dia tidak hanya ditemani oleh
Fira-un, malah turut serta di-escort
oleh Papa Chip, Kak Roket, Aeh, Budak Junior dan Fara-tott. Boleh laa
menghiburkan hati Kak Samty yang lara dengan lawak-lawak hambar masing-masing. Lols!
Pic.25
Pic.26
Pic.25: Bila lutut Kak Samty dah mulakan operasi 'mogok', terpaksalah rawatan first aid dilakukan. Kasi guard lutut dia!
Pic.26: Rinduuu uuu uuu~ Rindu serindu-rindunyaaaa aaaaaa~ Namun engkau tak peduliiii iiii~ Piluuu uuuu uuuu~ Pilu sepilu-pilunyaaa aaaaa~ Lols! If you know what I mean :P
Jam 5.30pm,
Alhamdulillah. Finally selamat tiba di kaki Gunung
GUTUS dengan berjaya dan bergaya :) Yeayyyy!
Pic.27
Pic.28
Pic.27: Masih mampu tersenyum dan bergaya. So, pasni boleh lah eat.hike.repeat lagi ye dok? Lols.
Pic.28: Menyempat lagi singgah kat Fraser's Hill Clock semata nak bergambar getiss. Hmpphh lantak engkoranglah labu-labu air oiii~
Jam 6.55;pm,
Bertolak turun dari Fraser's Hill menuju ke haluan masing-masing. Perghhh penat teruk seyh!
Pic.29
Pic.30
Pic.29: Penat teruk macam mana pun, makan free tak usah ditolak. Ayam guring lagi!
Pic.30: Merujuk Pic.29, geng Kuantan pun taknak kalah. Diorang nak berlagak jugak yang diorang berhenti mencekik di RnR Temerloh. Chehhh~
Okey,
tahniah sekali lagi untuk semua yang terlibat! *claps*
Bak
kata Papa Chip,"Kejayaan sesebuah
pendakian itu bukan sekadar menakluki puncak, tetapi pendakian yang berjaya
ialah apabila kita SEMUA selamat pergi, menawan puncak, pulang dengan selamat
dan dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa tanpa MC!"
Yeaaaahuuu~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s: Terima
kasih untuk semua team members yang super supportive and awesome. Ai is happy. Ai ada story yang ai boleh share
dengan anak cucu bila dah tua nanti. Ai will
be proud and annoyingly annoys my grandkids dengan statement, dolu- dolu Grandmomy
ni ohsem orangnya. Dahlah ohsem, sweet pulak tu! Hiks!
So long and see chuolls
in
NEXT PROJECT.
*hugsss*
Adios
:)


































